Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Info Anuar Zain
 Berita Anuar
 Depan Mata: Mufti, Faizal dan Anuar Zain
 New Topic  New Poll New Poll
 Reply to Topic
 Printer Friendly
Next Page
Author Previous Topic Topic Next Topic
Page: of 2

nanie_pie
Moderator


Malaysia
2663 Posts

Posted - 05/05/2008 :  11:29:09 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
Oleh Hartati Hassan Basri


Rap
BAGAIMANA reaksi masyarakat apabila orang yang arif mengenai hukum agama dan dilantik sebagai penasihat, mengeluarkan kenyataan mengenai dunia hiburan serta gaya dan penampilan artis tanah air.
Apakah ia dianggap tidak relevan dengan keadaan semasa atau dianggap membangkitkan isu remeh sedangkan banyak lagi perkara yang lebih besar yang perlu diberi perhatian.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, baru-baru ini mengatakan penyanyi Faizal Tahir tidak patut dibenarkan membuat persembahan di Perlis selain artis aliran rock dan dangdut.

Alasannya, keperibadian dan tingkah laku Faizal dilihat liar serta kurang matang setiap kali melakukan persembahan dengan melompat dan meraung.

Faizal juga dilihat berada pada tahap krisis identiti kerana tidak tahu hala tuju sendiri.

Malah, tidak tahu siapa dirinya yang sebenar kerana sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman.

Reaksi Faizal terhadap kenyataan itu ialah terkilan kerana luahan mufti itu mencemar nama baiknya sebagai penyanyi, suami dan bapa serta keluarganya.

Saya petik kata-kata ini sebagaimana dilaporkan dalam Harian Metro, Jumaat lalu.

“Saya terkejut apabila ada mufti mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap saya kerana ia bersifat peribadi yang ditujukan kepada saya. Jika beliau tidak suka pada saya, lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka tanpa perlu menghebahkan kepada media,” katanya.

Berdasarkan komen pembaca menerusi ruangan i-Metro Jumaat lalu, 90 peratus menyokong kenyataan mufti ma nakala 10 peratus lagi mempersoalkan mengapa hanya Faizal yang ditegur sedangkan artis wanita berpakaian menjolok mata terlepas.
Paling penting, kenyataan itu menunjukkan mufti juga sudah membuka matanya kepada dunia hiburan dan menegur kepincangan yang berlaku.


Beliau juga berani bersuara dan tidak hanya menutup mata dengan perkara tidak manis yang dilihatnya.

Faizal seharusnya menerima teguran itu dengan hati terbuka walaupun ia begitu pahit untuk ditelan.

Usahlah pertikaikan kata-kata mufti kerana beliau men jalankan tanggungjawabnya.

Saya teringat pula isu Anuar Zain ‘merelakan’ peminat wanita mencium pipinya atau memeluk pinggangnya se bagaimana saya paparkan dalam ruangan ini pada 31 Mac lalu.

Anuar dalam kenyataan disiar Metro Ahad pada 27 April lalu melahirkan rasa kesalnya apabila ada wartawan mem bangkitkan isu itu.

“Saya kecewa apabila perkara ini dibesar-besarkan. Ha kikatnya, saya tidak pernah menawarkan atau merelakan diri dicium dan dipeluk.

“Hakikatnya, saya tidak berdaya mengelak demi menjaga maruah peminat.

“Peminat sayangkan saya dan ada antara mereka me nunjukkan perasaan itu dengan memeluk dan mencium saya. Mereka tidak ada niat buruk, begitu juga saya,” kata penyanyi berusia 38 tahun itu.

Dirinya juga sedar perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Malah, ibunya pernah memberi teguran, tetapi dia tidak terdaya mengelak.

Rasa hormatnya kepada peminat yang menyokong ker jayanya membuat dirinya dalam dilema. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Persoalannya, apakah satu kesalahan apabila kita cuba menolak sesuatu yang tidak manis?

Hinakah kita apabila dikatakan tidak ‘sporting’? Mungkin dalam zaman ini menjaga maruah orang lain lebih mulia daripada menjaga maruah sendiri hingga diri berada dalam dilema.

Datuk Siti Nurhaliza pernah dicebik orang apabila mem pertahankan prinsipnya tidak mahu bergambar dengan artis lelaki. Mungkin ada yang berkata, alim sangatkah sampai tidak mahu bergambar dengan lelaki.

Ternyata prinsip Siti dihormati dan peminat tidak main-main apabila berhadapan dengannya. Tidak pula timbul cerita Siti dipeluk atau dicium peminat lelaki yang me mujanya. Tapi peminat memuja sampai tempah kad kahwin kononnya berkahwin dengan Siti adalah.

Tapi Anuar tidak senang perkara itu dibangkitkan, malah mempersoalkan pula kredibiliti orang yang menulis. Pin tanya, jangan sesekali menjatuh hukuman tanpa menyelidik atau bertanya kepada insan yang diperkatakan.

“Usah emosi dan jadilah insan yang rasional, bukan sekadar membuat kesimpulan daripada cerita atau penulisan orang lain. Kenal artis itu dulu, dapatkan kepastian menerusi temubual sebelum menulis atau menyebarkan cerita,” ka tanya.

Selama lebih 12 tahun menjadi wartawan hiburan, saya akui kurang ‘mengenali’ artis tanah air. Bagaimana keperibadian sebenar artis itu, bukan urusan saya untuk mengkajinya. Saya juga tidak biasa dengan budaya laga pipi antara lelaki dan wanita. Mungkin bagi mereka tiada apa-apa, sekadar tanda kemesraan.

Cuma saya tidak akan lupa satu insiden dalam satu majlis baru-baru ini apabila hanya mampu melihat di depan mata Anuar bersalam dengan seorang teman.

Saya berada di belakang teman itu kerana kami pulang bersama dan Anuar memang ‘gentleman’ dengan wanita. Tapi Anuar terlepas pandang dengan saya.



Rindu Belaian - lelaki ini :)

Edited by - nanie_pie on 05/05/2008 11:31:59 AM

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 05/05/2008 :  11:40:44 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
apa sbenarnyer yg wartawan ni nak spikan erk?.... klu slama 12 tahun dia menjadi wartawan hiburan ttp x mengenali artis tanahair so tolonglah jgn salahkan artis klu artis x dpt mengenali dia! slama akak jumpa Anuar Zain akak x pernah terasa yg Anuar membeza2kan peminatnyer.... klu dia bersalam ngan sicantik manis.... dia ttp bersalam ngan akak yg x de langsung daya penarik ni, ttp senyum dan bertanya khabar wlu pd ketika tu dia cuma menjayakan promosi! x per lah Anuar sabar ajer lah terima kata2 org! go bro!

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/05/2008 :  12:11:10 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
mmg pelik la kak nanie.
tajuk pun lain tapi dlam ni penuh ngan isu az. nampak sangat dia ni tak puas ati ngan az kan? jeles plak az salam ngan kawan dia. dah la ngaku tak kenal artis tempatan, ade hati nak minak az kenal n salam dia?/
selama y kita kenal, az tak penah beza2kan cantik ke tak. ku tak takkan dia blh peluk makcik2, kakak2, abg2, datuk2 y ade time persembahan dia?

be professional la wartawan bongok!!! keparat betul dia ni..!

myra
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 05/05/2008 :  12:49:40 PM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
hermmmm....pandangan leen
kata wartawan...tapikan.....apa yang penulis cuba sampaikan...leenda pun tak faham langsung..... seolah2 bercerita tanpa ada permulaan dan akhiran...
Hakikatnya..... I DONT UNDERSTAND WHAT THE AUTHOR IS TRYING TO CONVEY!!!!!!

"Mungkin....."
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/05/2008 :  12:52:24 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
MMG LA KAK LYN... heran jgk... ade feel lain ke dia ni dengan AZ..

Abang Nuar!! LARI!!!!!! wartawan ni giler..! LAri laju2 abg Nuar!!

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 05/05/2008 :  1:10:39 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
semoga wartawan kita lebih bersikap terbuka dan terima hakikat betapa wartawan dan artis saling memerlukan.... x perlulah menjatuhkan atau memusnahkan nama baik org lain!

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/05/2008 :  1:16:54 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
betul kak nanie.. ramai y jadik wartawan klu di suh buat pilihan nak jadi wartawan gosip sbb hati masing2 semua busuk dan sengaja nak jatuhkan nama baik org.

bukan itu jer, wartawan jugaklah y jadi punca paling besar rumahtangga artis runtuh. mmg lah cerita tu betul, tapi klu tak diapi2kan, jadik buruk ker?

pikirlah wartawan oii...

saper wartawan y busuk ati, klu beranai meh la sni. cakap[ sst...

myra
Go to Top of Page

arnita_irman
Junior Member



Malaysia
221 Posts

Posted - 05/05/2008 :  1:21:40 PM  Show Profile  Send arnita_irman a Yahoo! Message Send arnita_irman a Private Message  Reply with Quote
Dia mmg saja nk buat cerita menyakitkan hati anuar & fans. Psl mmg da jelas nyata terang lagi bersuluh, tajuk kes lain..kutuk kesah lain..tah hapa2 la..

Eyta - Teman terulung..sayap hidupku
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/05/2008 :  1:26:33 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
ni la contoh wartawan bengap, cetek ilmu! hati busuk!

la.. baru tau dia ni pompuan! pompuan betul ke nyah! klu pompuan betul, tak heran az tak salam tangan, maklumlah, mana biasa bersentuhan dengan bukan muhrim kan?? apa lagi berlaga2 pipi?

dalam mengata, terselit jugak di hati nak rasa lembutnyer tangan AZ.. tak malu!
pompuan sengal!

myra
Go to Top of Page

arnita_irman
Junior Member



Malaysia
221 Posts

Posted - 05/05/2008 :  2:15:47 PM  Show Profile  Send arnita_irman a Yahoo! Message Send arnita_irman a Private Message  Reply with Quote
Relax.. kita buat tak reti je ngan artikel mcm tu..saja je tu nk buat AZ hilang peminat.. soriiiii sket.. tak kan berganjak kaki kami dr trus menjadi penyokong AZ!!!

Eyta - Teman terulung..sayap hidupku
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/05/2008 :  2:41:03 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
ye betulll... mana fanz az lain.. tunjukkan sokongan anda semua di sini!!

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 05/05/2008 :  3:08:16 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
akak rasa pasni mufti perlis kena lah tegur gak mana2 wartawan yg smakin ramai hilang identiti tu yerk.... ' hari2 mkn penggat, sendiri mau ingat'

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 05/05/2008 :  3:19:48 PM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
itula.....kadangkala cara penulisan seseorang banyak mempengaruhi....kalau buruk penulisan tu..maka burukla apa yg disampaikan..tetapi sekiranya cantik penulisan tu...maka cantikla pandangan pembacanya....
tapi...kalau ntah2 apa2 penulisan tu.....takde hujung pangkal....moh kita pakat gelak ramai2......heheheehhehehehehehehehe

"Mungkin....."
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 05/05/2008 :  3:58:56 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
hua ha ha ha ha kot awek ni x dpt undangan dr AZ smlm kots :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

arnita_irman
Junior Member



Malaysia
221 Posts

Posted - 05/05/2008 :  4:08:05 PM  Show Profile  Send arnita_irman a Yahoo! Message Send arnita_irman a Private Message  Reply with Quote
apa plak n d undang2?.. bayo lah!!! Kita semua bayo apa!! geram ni..da berasap2 rasanya!!

Eyta - Teman terulung..sayap hidupku
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 05/05/2008 :  4:18:12 PM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
tu ler.....mungkin la kot....tak dapat duk sesama kat blah atas tu......heheeheheheheh

"Mungkin....."
Go to Top of Page
Page: of 2 Previous Topic Topic Next Topic  
Next Page
 New Topic  New Poll New Poll
 Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 10.5 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free