|
shahrul
Administrator
    
 Malaysia
10147 Posts |
Posted - 02/12/2007 : 6:57:59 PM
|
Album terbaru Anuar Zain; Anuar Zain; muncul tatkala peminat menunggu hampir 5 tahun untuk mendengar suara \'jantan\' penyanyi tersebut. Namun kelahiran album ini sedikit sebanyak telah melahirkan rasa kurang senang sekumpulan karyawan seni tanah air kerana album Anuar memuatkan 7 lagu komposer Indonesia dan hanya 3 lagu komposer tempatan.
Namun, Anuar teguh dengan pendirian dan prinsipnya. Bagi Anuar "Saya tak hirau tentang komposer Indonesia ke, Malaysia ke. Yang saya peduli ialah lagu itu sendiri. Sebab lagu itu, muzik yang diangkat di dalamnya. Saya tak tengok faktor lain. Dalam himpunan lagu yang saya terima, saya rasa lagu itu sedap di telinga, saya ambil sajalah".
Anuar juga menafikan kononnya komposer tempatan berada pada tahap \'cikai\'. Kata Anuar "Bukan macam itu. Itu hanya persepsi saja. Masa saya minta lagu untuk album ini, mungkin tak ada yang terbaik pada masa itu. Jangan anggap album ini secara keseluruhan menilai tahap industri rakaman kita. Album ini hanya kehendak saya saja. Tak ada kaitan dengan industri. Kita banyak komposer hebat. Malah saya ada juga jumpa dengan pelajar-pelajar muzik di universiti saya minta juga lagu dengan dia orang, Saya minta dengan komposer ternama, tetapi mungkin masa itu mereka tak ada masa buat lagu untuk saya.
Dalam bulan Ramadan ini Anuar tetap rajin mempromosi albumnya. Bagi sesiapa yang sudah dengar lagu Lelaki Ini.. ha.. mesti ramai yang mengakui lagu tersebut lain dari yang lain. Dengarkan juga lagu tangkap leleh seperti Ketulusan Hati dan Teman Terulung. Ramai pendegar yang tersentuh hati dan perasaan. Dengar cerita Anuar sendiri menitiskan airmata selepas mendendangkan lagu Teman Terulung di sebuah kompleks beli belah.album tersebut telah berjaya menyentuh perasaan peminatnya.
sumber: manggaonline
|
© www.AnuarZain.com.my |
|