Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Fans Anuar
 Cipta Kreatif
 Jangan Biar Kau Terkurung
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

ElmiZulkarnain
Starting Member


9 Posts

Posted - 25/03/2006 :  7:22:21 PM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote

Jangan Biar Kau Terkurung

Airmata hawa gembira tertitis
Kau bebas dari resah yang memeringkuk
Bebas mencari identiti di sebalik tembok menakluk

Masih ada berjuta Fatimah Zahra' di permuka dunia
Mengindah maya seperti Rabiatul Adawiyah dengan cinta

Jangan biarkan sesiapa mempersoalkan kemampuanmu!

Di antara deru angin bernada pesimis
Pecahan ombak yang cuba menghakis
Kau masih bertapak tersenyum sinis

Rebahkan gunungan penghalang sinaran
Jangan lelah mengasari gelombang kebimbangan
Buaikan dirimu dengan lagu di kala ragu
Bernyanyilah bersama gerimis cemuhan
Gemakan impianmu agar mereka tahu
Niat dan perananmu dalam putaran waktu

Wanita,
Ibaratkan dirimu permata indah
Kerana martabatmu dijunjung Rasulullah
Engkau lambang seribu pesona pujangga

Terus maju kaum hawa ku sanjung
Lukiskan riwayat hayatmu tersimpul agung

Buat kaum hawa
Elmi Zulkarnain

www.geocties.com/pujanggatemasek

Elmi Zulkarnain

Edited by - ElmiZulkarnain on 25/03/2006 7:23:36 PM

zura_niena
Senior Member



Malaysia
1825 Posts

Posted - 27/03/2006 :  4:35:28 PM  Show Profile  Reply with Quote
marvelous (betul ke eja nya nie)!!!!!!!!!!! tq sbb tujukan buat kaum hawa.. lama tak masuk forum?..

Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!!
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 31/03/2006 :  12:08:46 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
:) best gak! dan hari ini kita dpt lihat kaum HAWA semakin maju kehadapan :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

ElmiZulkarnain
Starting Member



9 Posts

Posted - 15/04/2006 :  01:44:33 AM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
Hi nanie_pie & zura_niena ..

Memang agak lama juga tidak menjenguk forum ni (tapi tidak pernah lupa). Rindu dengan rakan2 di sini.

Kaum hawa seperti yang dilukiskan dalam puisi di atas sememangnya sudah maju dan akan terus maju. Tiada batasan untuk mara ke hadapan.

Elmi berterima kasih kerana diberikan ruang untuk berkongsi karya dengan rakan2 seperti nanie_pie & zura_niena.

Jaga diri, hiasi peribadi.

*salamz*

Elmi Zulkarnain

Elmi Zulkarnain
Go to Top of Page

zura_niena
Senior Member



Malaysia
1825 Posts

Posted - 20/04/2006 :  10:28:14 PM  Show Profile  Reply with Quote
:) good luck.............

Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!!
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 4.14 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free