| Author |
Topic  |
|
nanie_pie
Moderator
    
 Malaysia
2663 Posts |
Posted - 17/03/2006 : 11:39:26 AM
|
Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my
KERJASAMA...(dari kiri) Dee, Anuar Zain, Siti bergambar bersama Johan bakal menghiburkan majlis Minggu Setiausaha anjuran HQCC. — Gambar SURIANIE MOHD HANIF
HUBUNGAN mesra di antara Siti Nurhaliza Tarudin, 27 dan Shahrul Anuar Mohd Zain, 35, (Anuar Zain) bukan lagi rahsia.
Kedua-duanya saling memberi sokongan terhadap kerjaya seni masing-masing. Ini jelas dengan mengambil kira Anuar sanggup terbang ke London untuk menyaksikan konsert Siti di Royal Albert Hall, April lalu.
Bagi membalas kunjungan itu, Siti pula hadir menyaksikan persembahan Anuar sempena Minggu Setiausaha di Hotel JW Marriot yang diadakan tahun lalu.
Dek kunjungan mesra kedua-dua penyanyi popular ini pernah timbul gosip kononnya mereka hangat bercinta.
Di sebalik gosip percintaan Siti dan Datuk K, Siti dan Anuar kini disatukan kembali untuk menghiburkan peminat dan setiausaha sempena Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre (HQCC), Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Program dengan kerjasama Hotel Brisdale membuatkan impian ramai peminat dua penyanyi ini menjadi kenyataan.
Ketika sidang akhbar mengenai persembahan di HQCC Kuala Lumpur, baru-baru ini, Siti menjelaskan walaupun mereka berkongsi pentas namun tarikh diberikan untuk mereka menghiburkan pengunjung HQCC berbeza.
Menurut Siti, lokasi persembahan juga lebih besar dan hebat apabila ia diadakan di Dewan Konvensyen Sime Darby (SDCC), Bukit Kiara yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.
ANUAR...kali pertama bekerjasama dengan HQCC dan ANGGUN... Siti akan menampilkan Apek Senario sebagai artis jemputan.
“Anuar akan memulakan persembahan terlebih dulu pada 11 dan 13 April, disusuli saya pada 19 dan 20 April. Setakat ini tiada perbincangan antara kami untuk mengadakan persembahan bersama.
“Namun, untuk persembahan saya sendiri, ada artis lain dijemput untuk menghiburkan pengunjung juga peminat, antaranya Apek Senario. Itupun bagi mengisi segmen lawak jenaka.
“Berduet itu satu cadangan baik, mungkin untuk salah satu tarikh persembahan saya, Anuar boleh datang untuk menyanyi bersama,” katanya.
Sementara itu, Anuar pula berkata dia belum lagi menetapkan sebarang konsep persembahan.
“Seperti biasa saya akan cuba mendekatkan diri dengan peminat kerana biasanya apabila mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, mereka mahu berhibur bersama artis secara eksklusif,” katanya.
Pengurus besar HQCC, Johan Thomas Low, dalam sidang akhbar berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat membawakan artis popular tanah air menghiburkan pengunjung sempena persembahan Minggu Setiausaha.
“Ini kali pertama kami menganjurkan Minggu Setiausaha di dewan lebih besar dan cabarannya sudah tentu lebih lagi. Kami mengharapkan setiausaha juga peminat dua artis ini akan tertumpu kepada persembahan yang pihak kami anjurkan sepanjang Minggu Setiausaha berlangsung,” katanya.
Mengenai kemungkinan pihaknya melabur sejumlah wang yang banyak bagi memperoleh hak eksklusif Siti dan Anuar, kata Thomas pelaburan dibuat nyata berbaloi kerana ia pasti akan menjadi acara yang ditunggu-tunggu.
“Jika dilihat kepada trak rekod kami dalam menganjurkan persembahan Minggu Setiausaha ia tidak pernah mengecewakan. Tahun lalu kami membawakan empat diva, Ning Baizura, Ziana Zain, Sheila Majid dan Kris Dayanti.
“Tahun ini juga kami cuba menampilkan artis terbaik tempatan dan rasanya semua orang tahu akan kredibiliti Anuar dan Siti dalam menghiburkan setiausaha dan peminat,” katanya.
Selain Siti dan Anuar, turut menceriakan suasana majlis anjuran HQCC pengacara dan penghibur Dee yang bakal membawakan konsep jenaka ‘Bersama Diva’ yang akan cuba menampilkan gaya Sharifah Aini, Datuk M Daud Kilau, Madonna dan Tina Turner.
Sebahagian kutipan untuk persembahan sepanjang empat hari ini akan disalurkan kepada Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan HQCC mensasarkan RM50,000 dapat diserahkan kepada tabung berkenaan
|
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 17/03/2006 : 11:53:00 AM
|
| g ar beli metro ari ni ada beberapa keping gambar AZ untuk mengubat rindu :) |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 17/03/2006 : 5:38:05 PM
|
| ye betul... ari nie org lewat ke keje so tak sempat nak beli metro tp masa pi lunch td ternampak lah ada gambar si AZ nie so trus beli la kan.... nasib baik dapat beli kalo tak meraung la jawabnya!!!! |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 18/03/2006 : 10:15:27 AM
|
| abih tu zura npk muka akak x kat metro tu? |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
aramyra
Moderator
    

Malaysia
3032 Posts |
Posted - 19/03/2006 : 7:52:11 PM
|


HAVE FUN!!
Semoga Anuar berjaya dengan shownyer... |
myra |
 |
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 20/03/2006 : 09:13:43 AM
|
| cun bangat az nih...dah gugur ati rasanya... |
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 20/03/2006 : 09:56:08 AM
|
| dengar x komen AZ pasal isu ct ngan dato k " oh iyer ker? sy x tahu dan x berminat utk ambik tahu" |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 20/03/2006 : 12:08:34 PM
|
| ala, si ct tu mmg mcm tu.......... |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 20/03/2006 : 12:09:39 PM
|
quote: Originally posted by iha
cun bangat az nih...dah gugur ati rasanya...
kutip balik iha, jgn tak kutip ati yg gugur tu.. |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 20/03/2006 : 12:11:26 PM
|
quote: Originally posted by nanie_pie
abih tu zura npk muka akak x kat metro tu?
???????????????????????????????????? |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 21/03/2006 : 12:27:39 PM
|
| mesti ko x npk sbb akak hanya ada dlm ati nua ha ha ha ha |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 22/03/2006 : 2:59:06 PM
|
kak zura:nak g kutip lah ni....heheh
kak nanie:ramai lah ade dalam ati Az tu kak |
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 23/03/2006 : 12:16:00 PM
|
| ntah.. sebelah kiri semua fan2 dia berkumpul kat situ termasuklah iha, kak nanie ngan suma la fan dia TAPI belah kanan ada keluarga dia jek termasuk AWEK dia nie si zura tu!!!!! hahahahahaha.... itu la kedudukan hati AZ!!!!! |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
Lyenda76
Junior Member
 

Malaysia
460 Posts |
Posted - 24/03/2006 : 08:15:56 AM
|
hahhh..mula la tuuu.... dlm hati dia tak nampak... mcm akak...sentiasa ada dalam fikiran....berlegar2 dlm otak dia...mata dia sentiasa membayangkan akak...heeeheheheeeh |
"Mungkin....." |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 24/03/2006 : 12:46:20 PM
|
| ok lah lpas ni kiter bleh joint club perasan sedunia :) |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 25/03/2006 : 2:07:19 PM
|
| heheh..iha taknak joinclub tu...kita masukkan kak zura n kak leen je lah ek... |
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
Topic  |
|