|
aramyra
Moderator
    
 Malaysia
3032 Posts |
Posted - 07/12/2005 : 9:58:07 PM
|
Ais krim serbat istimewa baru dari Nestle Oleh Fadzlena Jafar
MASYARAKAT hari ini khususnya kanak-kanak gemar menikmati ais krim. Tetapi tahukah anda, serbat atau manisan yang seakan ais krim lebih dulu dihasilkan sebelum Barat memperkenalkan ais krim sebagai hidangan pencuci mulut yang gah pada hari ini?
Kajian menunjukkan serbat mungkin berasal daripada empayar Rom, tetapi ada juga yang mengatakan hidangan manisan ini terlebih dulu popular di China. Berbanding ais krim yang dinikmati pada penghujung hidangan, serbat pula dinikmati antara hidangan utama dan pencuci mulut kerana dapat menghilangkan rasa ikan atau daging di dalam mulut.
Memahami keperluan itu, jenama pemakanan terkenal, Nestle Ice Cream, mengambil inisiatif menghasilkan serbat istimewa yang dinamakan Nestle the Sorbet Story untuk dipasarkan di seluruh Malaysia. Menerusi produk terbaru itu, orang ramai kini berpeluang menikmati serbat pada harga lebih berpatutan dan di mana saja.
Pengurus Jenama Kumpulan Nestle Ice Cream, Philomena Tan, berkata Nestle the Sorbet Story dirumus khas dengan tiga perasa istimewa dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup seimbang memandangkan kandungannya yang bebas lemak.
"Produk istimewa ini bukan saja enak dan menyegarkan, bahkan juga berkhasiat. Ia diperkaya dengan Vitamin C dan apa yang lebih penting, Nestle the Sorbet Story langsung tidak mengandungi lemak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan.
"Anda boleh memilih daripada tiga perisa popular iaitu mangga, campuran buah beri dan oren. Kebanyakan mereka yang pernah menikmati produk baru ini bersetuju perisa mangga membuatkan anda seperti sedang menikmati buah mangga sebenar, manakala dua perisa sesuai untuk mereka yang gemar perasa masam manis," katanya ketika ditemui sempena pelancaran produk terbaru itu di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream, Moataz El Hout dan Pengurus Jenama Nestle, Jamy Ling.
Kesemua tiga perisa itu didatangkan dalam tub 500ml pada harga RM6.49 setiap satu di Malaysia Barat, manakala di Sabah/Sarawak pada harga RM6.99. Namun, berikutan permintaan yang tinggi perisa mangga juga terdapat dalam saiz cawan 100ml pada harga RM2.50
Nestle the Sorbet Story boleh diperolehi di semua peti ais Nestle Ice Cream. Dengan setiap pembelian produk berkenaan bernilai RM12 anda akan mendapat cooler bag percuma dalam warna menyegarkan seperti hijau, ungu dan merah jambu. 
myra
|
|