| Author |
Topic  |
|
|
nanie_pie
Moderator
    
 Malaysia
2663 Posts |
Posted - 02/12/2005 : 11:53:01 AM
|
Oleh Mohd. Fairuz Yusof
JOHOR BAHRU 1 Dis. - Plat pendaftaran kenderaan siri JJJ yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mencatat sejarah apabila mencapai kutipan hasil sebanyak RM3.2 juta.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir berkata, kutipan hasil tersebut merupakan nilai tertinggi diperoleh bagi plat abjad pendaftaran kenderaan yang ditender berbanding di negeri-negeri lain.
Menurut beliau, siri JJJ mendapat sambutan hebat sehinggakan JPJ terpaksa menangguhkan pendaftaran kenderaan bagi abjad itu kerana proses tender yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
Beliau berkata, berikutan sambutan yang menggalakkan itu, JPJ negeri telah mengeluarkan abjad JJK bagi memastikan urusan pendaftaran kenderaan berjalan lancar.
``Bagi kategori pertama, 10 nombor dan siri JJJ yang ditender meraih kutipan sebanyak RM551,000 dan kebanyakan mereka yang memilih plat tersebut bukan sahaja dari Johor tetapi juga dari negeri-negeri lain.
``Saya pernah menjadi Pengarah JPJ Selangor sejak tahun 1991 dan ini merupakan kutipan paling tinggi dalam sejarah pendaftaran kenderaan bagi abjad itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengarah-pengarah JPJ negeri di sini hari ini.
Plat JJJ yang dibuka pendaftarannya awal Oktober lalu mendapat sambutan hangat orang ramai kerana ia mempunyai maksud tersendiri.
Difahamkan masyarakat Tionghoa memilih abjad JJJ kerana ia membawa maksud duit.
Emran berkata, beliau sendiri sukar mempercayai tentang sambutan abjad tersebut kerana jumlah kutipan yang dibuat amat tinggi.
``Mungkin orang ramai mempunyai pendapat tersendiri untuk mendapatkan plat itu,'' katanya.
Mengenai jumlah kutipan bagi plat JJJ1, beliau enggan mendedahkannya kerana ia boleh menjejaskan keselamatan pemilik plat itu.

"Rindu Belaian"
|
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 02/12/2005 : 2:05:03 PM
|
ini merupakan satu kutipan yg mmg mendadak sbb member akak pun ada apply utk JJJ tapi menurut JPJ abjad tu tlh habis di booking dlm masa 1 minggu ajer, bayangkan betapa larisnyer flat JJJ dan khabarnya JJJ15 sahaja tlh bernilai RM20k klu JJJ1 rasanyer hanya kerabat di raja ajer yg mampu guna :)
"Rindu Belaian" |
 |
|
|
cik mala
Average Member
  

517 Posts |
Posted - 02/12/2005 : 2:27:17 PM
|
| mmg pon...my mum kata berebut2 org nak no plat JJJ ni..tak kisah laa no apa pon...asalkan JJJ...apa laa yg best sangat ngan JJJ ni cik mala pon heran... |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 02/12/2005 : 3:05:01 PM
|
huruf cantik la cik mala!!! jgn tergezut kalo zura yg pkai no tu nanti!!!!
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 03/12/2005 : 3:03:13 PM
|
JJJ mmg sebaris abjad yg cukup menarik, kena lah plak klu JJJ777 ( 7 petala langit, 7 petali bumi... dan langit ke 7 kot tpt ayah pin he he he
"Rindu Belaian" |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 05/12/2005 : 12:02:02 PM
|
:)
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
|
cik mala
Average Member
  

517 Posts |
Posted - 05/12/2005 : 12:53:27 PM
|
wowwww wiiiiii...tak kosa laa cik mala beli no plate mahal2 sbb nak luck... baik aku buat downpayment 2nd car...lagi bagus...:D |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 05/12/2005 : 2:58:26 PM
|
down payment 2nd car??? mak oii kayer nyer korang akak keta yg sebijik ajer ni pun x larat nak isi minyak :) terasa mcm nak isi ngan air paip!
"Rindu Belaian" |
 |
|
|
cik mala
Average Member
  

517 Posts |
Posted - 06/12/2005 : 10:58:49 AM
|
ishhh akak ni...2nd car bawak gi pasar saje...1st car bawak gi keje saje...ehehehhehe
|
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 06/12/2005 : 1:29:01 PM
|
mak oii kaye nyer ko! mcm akak cukuplah satu keta tu lah utk ke office, tu la utk ke pasar, tu ler utk jejalan pendek kata ke smua tpt kecuali ke kubur!
"Rindu Belaian" |
 |
|
|
cik mala
Average Member
  

517 Posts |
Posted - 06/12/2005 : 2:54:21 PM
|
wakkakaka...ari tu terserempak kat MRR2..ada lori bawak replika kete.. my prend cakap "ni mesti cina mampos ni"..hehehe baru first time tgk replika kete mcm tu... |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 07/12/2005 : 1:55:35 PM
|
KETA REPLIKA TU WALAU NPK BODOH AJER, TP MAHAL TAU!
"Rindu Belaian" |
 |
|
| |
Topic  |
|