Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Fans Anuar
 Mengapa Anuar Zain?
 ANUAR DAN PEMINAT
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Next Page
Author Previous Topic Topic Next Topic
Page: of 3

aramyra
Moderator


Malaysia
3032 Posts

Posted - 26/08/2005 :  06:25:17 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
ENTAH tarikan apa dimiliki, melihat kelibatnya cukup membuatkan hati ramai wanita berdebar. Tanyalah mana-mana peminat yang pernah mengikuti persembahannya, pasti mereka mengakui selebriti popular bernama Anuar Zain ini punya aura tersendiri. Jika si dara berhajat mencari jodoh sepertinya, si ibu mahu bermenantukan anak muda ini. HANISAH SELAMAT dan jurugambar, MOHD SAIRIEN NAFIS mendekatinya.

“TAK rimaskah sentiasa dikerumuni wanita?” Tanpa disengajakan soalan yang sudah lama terpendam ini terpacul tiba-tiba sebaik saja berpeluang mendekati anak bujang Pak Zain yang satu ini. Kesempatan bertemunya pada majlis meraikan peminat di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur, baru-baru ini, tidak dilepaskan begitu saja.

Selepas tetamu pulang, sambil menjamah hidangan dapatlah bertukar cerita dengan Anuar. Sepanjang majlis minum petang itu, dia begitu ramah melayani peminat. Setiap permintaan cuba dipenuhi Anuar sebaik mungkin supaya tiada siapa ralat atau berkecil hati. Seperti dijangka, senyuman manis terus terukir di bibirnya tatkala soalan sebegitu diajukan.

“Saya tidak pernah rasa terganggu dengan kehadiran mereka (peminat). Saya juga punya artis idola, jadi saya faham jika ada peminat yang menjerit atau kelam kabut apabila saya muncul di depan mereka. Ini fenomena biasa, kalau tanya selebriti lain, mereka juga pernah melalui pengalaman sebegini. Setakat ini, boleh dikatakan belum ada penggemar fanatik yang mengganggu kehidupan saya. Mereka saya anggap sebagai kawan, jadi setiap hari saya bertemu ramai rakan baru,” ulasnya panjang lebar, masih lagi menguntum senyuman.

Menyorot caranya melayani peminat pada petang itu, jelas terlihat keikhlasannya. Tertib sungguh caranya, menunjukkan sikap hormat kepada kaum Hawa. Dari meja ke meja dia menyapa, hampir 30 peminat yang hadir bagai tidak percaya Anuar bukan saja mesra di pentas malah amat betah melayani karenah setiap seorang dari mereka.

Jangan tak percaya, dalam tempoh dua jam di situ bermacam ragam peminat boleh dilihat. Ada yang teringin memegang rambutnya, ada yang datang berulang kali ke sisinya sekadar mahu bergambar malah sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila secara tiba-tiba seorang gadis dengan selamba duduk di ribanya.

“Kalau ada yang datang melakukan aksi spontan begitu, takkan saya nak berkasar?” tanyanya semula apabila diajukan persoalan mengenai caranya menangani peminat ‘daring’. “Iyalah, awal dulu ada kalanya saya takut tapi lama kelamaan saya dah biasa.

“Tapi siapa tahu, mungkin itu adalah tindakan refleks. Bagi saya setiap orang ada cara mereka sendiri menunjukkan rasa kagum kepada artis pujaan. Kalau tindakan itu sengaja dilakukan untuk menarik perhatian saya, nampaknya gadis itu sudah berjaya,” selorohnya.

Sambungnya lagi, “Lagi pun saya tahu, selagi kita menghormati orang lain, tidak mungkin orang lain akan bersikap kurang ajar kepada kita. Saya bersyukur, mereka cukup memahami dan saya sendiri gembira dikelilingi mereka,” katanya sambil menjamah makanannya yang sedari tadi masih tidak terusik. Bicaranya terus berlegar mengenai insan-insan di sekelilingnya itu.

Dari riak matanya, jelas bekas pramugara ini amat menghargai peminat, tak kira wanita mahu pun lelaki. (walaupun yang pasti peminat wanitanya lebih ramai!). Biarpun diminati atau boleh dikatakan digilai kebanyakan golongan hawa dari dara sunti hingga wanita pertengahan usia, peri lakunya masih bersederhana.

Tidak sekelumit pun rasa riak terlihat dalam dirinya. Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan jika adik kepada Ziana Zain ini mudah didekati sesiapa saja termasuk rakan media. Dia tidak pernah meninggi diri, jauh sekali merasa besar walaupun pencapaiannya di arena seni cukup membanggakan.

Jejaka ini juga sangat pemurah. Dalam tas tangan pengurusnya, Rahila tersedia kepingan gambar yang sudah tertera tandatangannya untuk diagihkan kepada peminat. “Biar mereka rasa dihargai. Kalau ikutkan, apalah sangat nilai gambar ini dibandingkan penghargaan mereka terhadap kerjaya saya selama ini,” katanya perlahan.

Adakah jejaka lain tidak cemburu dengan perhatian yang diraihnya apatah lagi baru-baru ini Anuar dipilih sebagai Lelaki Paling Bergaya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur? “Saya rasa tidak, kalau ikutkan lelaki lain pun punya kelebihan, cuma bezanya saya artis jadi tumpuan lebih diberikan kepada saya,” ujarnya masih merendah diri.

Pernahkah menghadapi saat memalukan di hadapan peminat? “Rasanya belum ada cuma pernah terjadi insiden di mana saya dimalukan oleh orang yang tidak saya kenali. Mungkin dia mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan lain, siapa tahu?

“Walaupun kata pedasnya bukan di luahkan kepada saya secara berdepan, saya tahu dia menyindir saya.

Tapi saya tidak boleh membuta tuli memarahi insan sebegini. Saya hanya berdiam diri, kalau dia puas berbuat begitu, biarlah...,”luah Anuar yang sememangnya bersikap pemaaf.

myra

Edited by - aramyra on 05/09/2005 07:38:12 AM

qcqueen_b
Starting Member



39 Posts

Posted - 26/08/2005 :  10:13:15 PM  Show Profile Send qcqueen_b a Private Message  Reply with Quote
ala penat lah queen nak pk. AZ mmg best.. bukan best jer tapi best giler......

...my ED d g8...
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 26/08/2005 :  11:38:06 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
artikel ni myra double enter ker?
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 28/08/2005 :  10:56:22 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
er............ salah masuk ker? bukan ini sepatutnyer artikel yang masuk... alamak... dah silap dah nih................ sori nanti myra check...

myra
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 29/08/2005 :  01:28:07 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
sori la sumer... myra tak dapat carik la mana pergi artikel tu. bukan ni sebenarnye.. tapi tak per lah.. baca dulu, nnt myra akan edit hari demi hari untuk kongsi bersama ngan u all pasal anuar dan peminat nyer.. k. sori bebanyak.. tu la klu dah banyak sangat pasted article... accident..!

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 29/08/2005 :  04:38:19 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
nasib baik salah mauk pun ttg az gak klu pasal org lain tak best lah....
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 29/08/2005 :  05:30:13 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
sori la kak nanie... tak sengaja sangat. ini sumer kerja kalut nak balik kerja la nih... tak sempat nak review balik. selalu myra akan engok balik. tapi ari tu tak sempat sangat... selesai lah k.................

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 31/08/2005 :  06:46:05 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
dah lama selesai dik..........
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/09/2005 :  07:47:36 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
myra dah cuba carik.. tapi tak jumpa artikel asal ntuk topik ni.., so terimalah ni ye.... ade kat atas tapi ianya cukup kena dengan topik ini... cara az melayan peminat dan sikap yang patut dipuji dan dijadikan idola...

myra
Go to Top of Page

alyza
New Member



Malaysia
69 Posts

Posted - 06/09/2005 :  12:01:13 AM  Show Profile Send alyza a Private Message  Reply with Quote
wow panjangnyer artikel nie...terharu dan bangga saya membacanya...

saya tahu awak nuar memang begitu orangnyer

so tak rugi kalau sesiapa yang meminatinyer..

cayalah abg nuar

u stay no1

alyza
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 06/09/2005 :  12:54:11 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
abag nuar mmg best................ kelahiran yang tidak merugikan...

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 07/09/2005 :  02:44:56 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
sebagai peminat kita selalu rasa dihargai oleh AZ, bergunung puji dan penghargaan buat AZ.... semoga segalanyer lahir dari hatinyer yg iklas... bukan mcm setengah artis PLASTIK!
Go to Top of Page

alyza
New Member



Malaysia
69 Posts

Posted - 07/09/2005 :  03:36:31 AM  Show Profile Send alyza a Private Message  Reply with Quote
heheheheh

artis plastik macam mana tu...?

macam2la

alyza
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 07/09/2005 :  05:36:39 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
artis plastic yang macam2 adaaaa! tgk tak melodi yg baru lepas case seorang artis melayu yg dikatakan luper diri berpeluk cium dengan kekasihnyer! ketika ditemubual sedang berpakaian ala2 kemban ttp bila menjawab soalan " saya tahu apa yg saya buat, saya ni org beragama!" terkezut akak mendengar! walau apa pun kenyataan yg dia buat gambarnyer dah tersebar luas! katalah sekuat mana pun iman didada, klu dah salah ttp salah!
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 07/09/2005 :  06:10:16 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
org beragama tak macam tu.......... itu namanya org cetek pemikiran. mundur etika. agama mmg hancurs...! lain kali bagi artis2 pompuan tak menyedor ni bogel jer.. agaknya ati diaorang tu dah mengeletar sangat nak berbogel...@!!@

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 08/09/2005 :  12:19:59 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
ntah la smua nia susah nak kata, tapi yg pasti akak nak ckp... thanks shah n sesapa yg dah updatekan web site ni! akak suka dgn design ni npk lbh ceria! tp klu tukar kaler pink tentu lebih bestkan???
Go to Top of Page
Page: of 3 Previous Topic Topic Next Topic  
Next Page
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.58 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free