|
aramyra
Moderator
    
 Malaysia
3032 Posts |
Posted - 27/06/2005 : 07:16:53 AM
|

Kali ini EMI Malaysia menerbitkan satu album kompilasi yang berjudul WOW! Just R&B Ballads yang kini berada di pasaran. Sebuah album yang menarik serta sarat dengan artis-artis yang terkemuka, baru dan lama. Album ini pasti dimiliki. 4/5 bintang.
Album Wow! Just R&B Ballads memuatkan lagu-lagu yang hits yang sering kedengaran di corong-corong radio antaranya adalah Bila Rindu (Ruffedge) , Ingin Bersamamu (Syafinaz) , Kasih Berubah (Ferhad), Detik Bersama (VE), Belaian Jiwa (Innuendo) serta banyak lagi. Malah album ini turut memuatkan lagu-lagu dari Diva Malaysia antaranya Fauziah Latif serta Ning Baizura.
Sememangnya lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini, pastinya membawakan ‘mood’ yang tenang buat pendengar malah muziknya juga bersesuaian dengan semua peringkat umur. Apa yang penting, lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini cukup menghiburkan.
Dari segi kulit album pula, ia agak ‘cool’ serta menarik, ia sememangnya bersesuaian dengan tema R&B album ini.
Buat peminat-peminat muzik R&B Malaysia, jangan ketinggalan untuk memiliki album keluaran EMI ini. Pastinya anda tidak akan menyesal kerana memilikinya.
myra
|
Edited by - aramyra on 27/06/2005 07:19:02 AM |
|