Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?

 All Forums
 Fans Anuar
 Sembang-sembang
 TAK FAHAM ??????????????
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

Jade
Starting Member


33 Posts

Posted - 09/02/2009 :  08:39:56 AM  Show Profile  Reply with Quote
Kontrovesi dan gosip liar memang adat biasa dalam dunia hiburan. Jade membaca akhbar Utusan Mingguan pada 8-2-2009. Kebetulan saya membaca satu artikel mengenai Anuar Zain tempah bunga telur. Wartawan yang bernama Niezam di kolum Pancaindera itu pun mengesyaki kesahihan sumber berita itu. Namun menurut Niezam, pemanggil yang memberi informasi itu mendesak Niezam untuk menyiasat bab AZ tempah bunga telur. Kalau AZ betul2 nak berkahwin, sebagai peminat beliau, Jade turut tumpang gembira atas berita yang membahagiakan itu. Pada minggu yang lepas, AZ juga ditemubual oleh wartawan dari akhbar Utusan Mingguan, Pancaindera juga. AZ mengatakan beliau tidak akan menyorokkan berita jika beliau telah mempunyai kekasih atau calon yang boleh dijadikan isteri. Iyalah, AZ memang digelar 'Jejaka Idaman Kaum Hawa Malaya'. Banyak orang yang berminat ingin mengetahui siapakah gadis yang bertuah menambat hati AZ. Yang Jade TIDAK FAHAM adalah apabila Jade mencoretkan berita AZ nak kahwin di CBox, ramai yang tertanya-tanya. Ada seorang pula yang memberi pesanan yang berbunyi," ape nak kecoh-kecoh", macam Jade jenis kepoh, auntie, obasan. Pesanan yang diberikannya itu cukup mengguris hati Jade.

Google AdSense

USA
Mountain View


Jade
Starting Member



33 Posts

Posted - 09/02/2009 :  08:58:53 AM  Show Profile  Reply with Quote
Sekiranya Jade ada keterlanjuran kata atau terkasar bahasa, Jade menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada mana-mana pihak yang berkenaan.


Seperkara lagi yang Jade TAK FAHAM, mengapakah ada orang yang bersikap sedemikian di laman ini? Sorrylah, Jade berterus terang, kalau di laman Sitizone, perkara sebegini tidak akan berlaku. Kalau ada pun , member2 kami akan saling menegur atau menasihati demi kebaikan semua orang,terutamanya demi kebaikan Sitizone. Di Sitizone, kami macam sekeluarga, tak kira latar belakang, walaupun bangsa dan agama kami berlainan. Namun kami tetap mengekalkan keamanan dan keharmonian di Sitizone. Mungkin ada orang yang tidak berkenan dengan Jade, mungkin ada orang yang akan menyuruh Jade, "berambuslah engkau ke Sitizone kau." Tapi ini adalah luahan hati Jade. Salahkah saya sebagai peminat AZ? Salahkah saya memuja AZ? Salahkah saya mencoretkan sesuatu di CBox? Salahkah saya tak faham semua ini......
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.11 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA - Privacy Policy