| Author |
Topic  |
|
|
aramyra
Moderator
    
 Malaysia
3032 Posts |
Posted - 26/08/2005 : 05:46:54 AM
|
Anuar kompromi
PENURUNAN harga Cakera Padat (CD), yang ditetapkan oleh Kerajaan baru-baru ini, memuaskan hati penyanyi bersuara lantang, Anuar Zain.
Dia yang popular dengan lagu Keabadian Cinta, menyifatkan harga RM21.90 ditetapkan kerajaan berpatutan biarpun harga CD diturunkan hampir separuh harga.
“Bagi saya, harga ini cukup adil. Ada baiknya harga CD murah kerana syarikat akan bekerja keras untuk promosikan album artis naungan mereka. Kalau mahal, mungkin mereka kurang berusaha mempromosi album artis. Ini juga, dapat menghindarkan perbuatan ‘download’ (muat-turun) pihak tertentu.
“Secara tidak langsung, ia mengelakkan kegiatan cetak rompak. Jika dikaji, ramai pembeli yang membeli CD cetak rompak daripada CD asli. Katakanlah 60 peratus dari mereka pembeli barangan cetak rompak kini, beralih kepada CD asli ekoran penurunan harga yang dibuat kerajaan.
“Sudah pasti tiada apa-apa yang merugikan syarikat rakaman berbanding ketika masalah cetak rompak berleluasa kerana harga CD mencecah RM40 ringgit ke atas. Memang kebanyakan syarikat rakaman rasa tertekan dengan penurunan harga ini.
“Maklumlah, mahu memikirkan soal kos produksi, promosi, bayaran pekerja dan sebagainya tetapi semua pihak perlulah berusaha keras untuk mengatasinya sekali gus mendapatkan keuntungan. Namun, saya yakin Kerajaan menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.
“Dan penetapan harga itu bukan dibuat secara melulu tanpa mengkaji pulangan modal untuk syarikat rakaman mahupun royalti yang patut diperolehi artis. Kalau di Indonesia dan Australia boleh menjual CD sekitar harga RM20 ringgit, takkan Malaysia tidak mampu ikut cara mereka,” katanya.
Menrutunya lagi, penurunan harga ini turut menyuntik semangatnya untuk berusaha lebih keras dalam penerbitan album akan datang. Yang penting, kegiatan cetak rompak dapat dihentikan daripada menjejaskan periuk artis artis tempatan.
Penyanyi berlesung pipit yang ditemui di Planet Hollywood kelmarin, kelihatan segak dan gembira di majlis Penyampaian Anugerah Cakera Emas juga Pelancaran album kompilasi, Anuar Zain 1998-2002.
Majlis penyerahan Anugerah Cakera Emas itu disempurnakan oleh, Pengarah Urusan Universal Music, Sandy Mantero manakala pelancaran album kompilasi Anuar, dirasmikan Pengurus Besar Synchrosound Music, Johari Teh.
Pelakon utama filem, Bintang Hati arahan Aziz M Osman ini, turut mengambil kesempatan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popularnya seperti Sesucinya Cintamu, Jangan Bersedih lagi dan Keabadian Cinta yang dinyanyikan bersama kumpulan BY’U. Sebuah lagu lagi, Bila Resah didendangkan BY’U sebagai penghargaan kepada Anuar.
“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan terlaksananya majlis ini. Sewaktu menghasilkan album kedua (Anuar Zain), saya dan pihak syarikat Synchrosound Music hanya mensasar jualannya sekitar 5,000 unit memandang keadaan pasaran begitu lembap ekoran dirundung masalah cetak rompak.
“Sungguhpun begitu, usaha gigih semua pihak album ini berjaya dijual melebihi 15,000 unit dan membolehkan saya menerima Anugerah Cakera Emas. Oleh itu, saya ingin memberikan hadiah istimewa kepada peminat banyak menyokong kerjaya seni saya seawal tahun 1998 sampai sekarang.
“Inilah Hadiahnya, album kompilasi Anuar Zain 1998-2002. Walaupun baru dua album, begitu ramai peminat meminta saya tampil dengan album kompilasi. Memandang album baru, dijangka keluar tahun hadapan, syarikat rakaman bersetuju menerbitkan album ini sementara menanti kemunculan album baru.
“Lagu-lagu yang dipilih kebanyakan lagu kegemaran yang dipilih saya sendiri selain, Eksekutif Promosi, Synchrosound, Azuwad serta pihak pengurusan syarikat rakaman terutamanya En Johari Teh. Ia sudahpun melewati pasaran,” katanya.
Harian Metro - 26th Sept 03
myra
|
|
|
arnita_irman
Junior Member
 

Malaysia
221 Posts |
Posted - 17/09/2005 : 02:32:02 AM
|
| anuar the greatest.... |
 |
|
|
syafali
Junior Member
 

Malaysia
211 Posts |
Posted - 29/01/2006 : 4:34:47 PM
|
| The best among the best!!! |
[URL=http://s2.simpload.com/021543f33949d3acd.jpg] [/url] |
 |
|
|
nanie_pie
Moderator
    

Malaysia
2663 Posts |
Posted - 29/01/2006 : 5:04:50 PM
|
| :) |
Rindu Belaian - lelaki ini :) |
 |
|
|
zura_niena
Senior Member
   

Malaysia
1825 Posts |
Posted - 07/02/2006 : 11:56:09 AM
|
| :) |
Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!! |
 |
|
| |
Topic  |
|
|
|