Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?

 All Forums
 Fans Anuar
 Bantuan
 aper sebabnyer yer??.........
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

aramyra
Moderator


Malaysia
3032 Posts

Posted - 02/08/2005 :  10:09:22 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Banyak adegan karut

Oleh Mohd Nasif Badruddin

KEHANGATAN program realiti televisyen (TV) sekarang ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ada yang menyokong penuh program ini sehingga sanggup berhabis duit untuk mengundi peserta pujaan mereka, malah tidak kurang juga yang ‘menghentam’ program ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengingatkan stesen TV agar tidak keterlaluan menghasilkan program seumpama ini sehingga melangkaui batasan dan nilai ketimuran.

Beberapa penggiat seni serta pengurusan kanan stesen TV mengatakan program realiti TV yang disiarkan di negara ini mempunyai nilai pendidikan sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Malah ada mengatakan ia peluang terbaik bagi mencungkil bakat baru.

Ironinya, beberapa ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berfikir sebaliknya.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Hamdan Adnan berkata, program realiti TV yang disiarkan sekarang mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Program realiti TV yang disiarkan banyak yang karut dan bertentangan dengan tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia. Adegan negatif seperti berpelukan dan menangis hanya kerana tersingkir amat memalukan dan menjadi tarikan golongan remaja.

“Sebelum ini kita lihat, mana ada orang yang tersingkir dan kalah dalam pertandingan boleh jadi popular. Tetapi dalam program ini semua benda tidak mustahil dan pelbagai kejutan boleh berlaku.

“Stesen TV jangan keterlaluan sangat mengimport rancangan realiti TV semata-mata mahu menaikkan dan menjaga ‘rating’. Jangan ambil mudah terhadap benda ini kerana ia memberikan impak besar kepada jati diri dan kemandirian generasi akan datang.

“Setiap program TV yang disiarkan mestilah mempunyai etika dan batas tertentu. Banyak lagi program yang bagus di barat tetapi mengapa stesen TV mengambil jalan pintas dengan program sebegini yang banyak menonjolkan sifat negatif,” katanya.

Hamdan turut menyelar sikap segelintir remaja Melayu Islam menjadikan sesetengah peserta program realiti TV sebagai contoh paling ideal. Sedangkan orang barat sendiri mengakui dan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai model yang paling ideal dan tokoh paling berpengaruh seperti Michael H Hart dalam bukunya The 100 - A Ranking Of The Most Influential Persons In History.

Katanya lagi, setiap pihak termasuk ibu bapa, kerajaan dan stesen TV perlu bertanggungjawab kerana cabarannya amat berat untuk membentuk generasi akan datang sekiranya keadaan sebegini berterusan. Sedangkan di masa yang sama pemimpin kita sering menasihatkan kita agar bersedia untuk bersaing di peringkat global.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim pula berkata, program sebegini mempunyai baik dan buruknya.

“Yang baiknya ia adalah platform bagi mencungkil bakat baru dan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial seperti menagih dadah, sumbang mahram dan sebagainya.

“Keburukannya saya lihat ia seolah-olah terlampau ekstrim sehingga kehidupan di sebalik tabir pun dipaparkan seperti program diari harian. Kita boleh terima jika remaja hanya berhibur sekali seminggu melihat konsert tetapi sekarang seperti ketagih hinggakan setiap hari ingin menonton diari harian.

“Bagi saya ia mencuri masa remaja kita untuk melakukan benda lain yang lebih berfaedah seperti membaca dan bersukan.

“Mereka yang dianggap model ini belum kita ketahui personaliti sebenar mereka. Malah dalam diari hanya dipaparkan mereka asyik menyanyi dan menari setiap masa. Apa salahnya ditonjolkan juga waktu mereka bersembahyang, paling tidak nampak juga keseimbangan mereka untuk layak digelar sebagai model,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Saodah Wok berpendapat program sebegini mempunyai kebaikan dari segi membina penampilan dan personaliti peserta.

“Bagi saya ia lebih bersifat mengagungkan individu dan menjadi jalan pintas untuk berjaya. Malah sudah kedengaran remaja mengatakan tidak perlu belajar tinggi untuk berjaya. Hanya dengan memasuki pertandingan realiti televisyen sahaja sudah boleh berjaya dan menjadi ternama.

“Mengapa tidak ditonjolkan dan diketengahkan bidang dan kemahiran lain yang lebih diperlukan berbanding hiburan. Apa salahnya mencipta pertandingan untuk menjadi pendebat terbaik ataupun pemimpin berkaliber.

“Walaupun ingin mencapai kemajuan dalam bidang penyiaran dan hiburan, janganlah diambil bulat-bulat daripada barat. Banyak lagi yang perlu ditapis dan diselidik untuk disesuaikan dengan nilai-nilai ketimuran,” katanya.


myra

Google AdSense

USA
Mountain View


aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 02/08/2005 :  10:13:55 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
betul jugak lah ape yang dibincangkan ni kan........ kenapa banyak sangat ranc realiti tv yang ade.. macam yang terbaru ni mencari cinta?? ape lah...... tau ke idak, rancangan tu dah jauh meninggalkan aspek budaya dan agama kita? mana boleh... janganlah tiru rancangan barat sebijik2...... tak bagus.. kita nak carik jodoh pun biar jangan meninggalkan adat dan budaya.. yang paling penting, akar agama kita....

macam ni macam dah desperate sangat minah tu nak cari laki... family pun kena consider lah... awak anak pompuan... malu beb.. macam kumpul lelaki, pas tu pilih yang terbaik... apa lah... dah langgar susila melayu dah tu..... macam bagus sangat nak reject2 orang suka ati.... ye tak??

myra
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.11 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA - Privacy Policy