Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?

 All Forums
 Fans Anuar
 Tips
 Tidurlah sayang...........
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

aramyra
Moderator


Malaysia
3032 Posts

Posted - 18/05/2005 :  05:06:03 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Sukar tidur tanda awal penyakit mental

Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas

APABILA dikatakan seseorang itu sihat, kita akan bayangkan yang dia bebas daripada sebarang penyakit, boleh berinteraksi dengan orang lain, mempunyai gaya interaksi yang baik, sentiasa ceria dan bahagia.

Justeru itu, kesihatan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek fizikal, mental dan sosial. Kata orang bila badan sihat, otak pun sihat. Begitulah hendaknya supaya kita semua terus menikmati anugerah kesihatan daripada Yang Maha Kuasa.

Namun demikian, ada segolongan daripada kita yang kurang bernasib baik, lalu ditimpa pelbagai gangguan kesihatan. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu fizikal dan mental.

Dalam siri ini akan dibicarakan perihal tanda awal penyakit mental. Tujuannya supaya kita dapat mengenalpasti tanda awal yang boleh berlaku apabila seseorang itu mungkin mengalami penyakit mental. Ini penting supaya rawatan dapat diberi secepat dan sebaik mungkin.

Antara tanda yang boleh dikenal pasti adalah berkaitan dengan tabiat tidur, penjagaan kebersihan diri, cara makan dan minum, percakapan dan kaedah berinteraksi dengan orang lain.

Perkara pertama mengenai tabiat tidur. Lazimnya setelah kita bekerja kuat pada siang hari, kita akan berasa letih pada waktu malam. Oleh itu kita mudah tidur tanpa banyak masalah.

Fungsi tidur ialah untuk memberi peluang badan berehat, memudahkan proses membina semula tenaga, mengukuhkan daya intelek dan meningkatkan ketahanan sistem imun.

Justeru itu, orang yang dapat tidur nyenyak akan berasa cergas dan segar apabila bangun pagi keesokan harinya manakala orang yang tidak mendapat tidur berkualiti, amat mudah diserang pelbagai gejala gangguan kesihatan.

Tanda awal seseorang itu akan mengalami gangguan mental ialah dia tidak lagi dapat tidur dengan mudah seperti sebelum ini. Individu ini akan berasa resah gelisah dan apabila baring untuk tidur, dia tidak dapat berehat secukupnya.

Individu ini akan bangun daripada katil, berjalan ke hulu dan ke hilir tanpa tujuan. Kadang-kadang dia hanya dapat melelapkan mata pada jam 2 atau 3 pagi, itupun sekejap saja, kemudian bangun semula dan bergerak lagi ke sana ke mari.

Permasalahan tidur ini berlaku kerana pemikirannya sentiasa aktif, memikir banyak perkara, walaupun kepada kita perkara berkenaan adalah remeh-temeh saja.

Bagaimanapun, bagi individu sebegini, mereka tidak berupaya memilih yang mana satu perkara penting dan mana satu yang tidak penting. Apabila fikiran individu terbabit dihujani pelbagai pemikiran yang bukan-bukan, mereka menjadi keliru dan dalam keadaan demikian boleh melakukan sesuatu yang luar dugaan.

Perkara ini berlaku kerana mereka percaya sepenuhnya dengan apa yang difikirkannya, oleh itu ada kecenderungan melakukan sesuatu, walaupun perbuatan berkenaan boleh menyebabkan bahaya kepada orang lain. Contoh gangguan tidur seperti ini kerap berlaku kepada pesakit mental skizofrenia.

Berasa Sayu

Manakala pesakit penyakit mental depresi bertahap serius pula kerap bangun awal pagi antara jam 3 dan 4 pagi, dan pada masa itu mereka berasa amat sayu dan berkemungkinan memikir perkara negatif, seperti hidup tidak bermakna lagi.

Perkara kedua ialah berkaitan penjagaan kebersihan diri. Kebiasaannya, orang yang sihat tubuh badan dan fikiran, sentiasa peka dengan kebersihan diri. Mereka tahu pakaian macam mana dan warna apa yang hendak digunakan apabila berada di sesuatu tempat.

Tanda-tanda awal individu yang akan mengalami penyakit mental, ialah apabila dia mula tidak kisah dengan kebersihan diri dan pakaiannya. Dia tidak lagi boleh membuat keputusan bila harus mandi atau tukar pakaian.

Individu yang terbabit berperi laku seperti kanak-kanak, semuanya perlu disuruh, bila perlu mandi dan bila perlu tukar pakaian.

Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur, lama-kelamaan kita dapat lihat penurunan aspek sosial individu yang berkenaan, di mana dia tidak lagi mampu menampilkan imej yang diharapkan.

Perkara ketiga mengenai cara makan dan minum orang yang berkenaan. Individu yang tidak sihat status mentalnya tidak tertib dari aspek perilaku makan dan minum. Sisa-sisa makanan dan minuman bersepah dan tidak teratur. Tidak ada lagi ciri-ciri sopan santun semasa menjamu selera.

Pesakit skizofrenia pula kadang-kadang menunjukkan tanda-tanda prasangka terhadap makanan dan minuman yang disediakan keluarganya sendiri. Mereka biasanya tidak mahu menyentuh makanan dan minuman berkenaan kerana dianggap beracun.

Pendirian ini berlaku kerana pemikiran pesakit skizofrenia diselubungi syak wasangka, mudah salah anggap dan membuat tanggapan yang tidak normal. Boleh dikatakan semua tafsiran yang dibuat ada hubung kait dengan dirinya.

Manakala pesakit depresi tidak mahu makan dan minum langsung, berat badan mereka menurun dengan banyak dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Ada banyak contoh untuk masalah interpretasi salah ini, seperti apabila orang lain bercakap-cakap, pesakit depresi membuat tafsiran bahawa orang yang berkenaan sedang bercakap sesuatu yang buruk mengenainya.

Apabila dia menonton drama di televisyen atau dengar berita di radio, dia mengatakan apa yang ditonton atau didengar itu semuanya adalah mengenai dirinya.

Andaian salah seperti ini dikatakan fenomena delusi, iaitu percaya bahawa sesuatu sedang berlaku yang berkaitan dengan dirinya, walhal yang sebenarnya perkara ini tidak ada kena mengena langsung dengan pesakit berkenaan.

Perkara keempat berkaitan percakapan ialah kesukaran orang lain untuk memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan pesakit. Ayat dan perkataan yang digunakan menjadi kabur dan keliru.

Sesungguhnya percakapan seseorang mencerminkan pemikiran orang berkenaan. Oleh itu orang yang berkemungkinan mengalami penyakit mental mula menunjukkan pemikiran yang keliru dan tidak sistematik.

Kadang-kadang seseorang itu boleh berubah menjadi seorang yang kuat dengan pegangan agama, justeru dia akan mengulang banyak kali hujah-hujah mengenai agama.

Kerap kali hujah-hujah yang diperkatakan terkeluar dari ajaran agama yang sebenar tanpa disedarinya. Pesakit akan beranggapan dia saja yang betul dan orang lain di sekelilingnya salah.

Oleh itu walaupun ada ustaz dan ustazah yang hendak memberi penerangan dan penjelasan kepadanya mengenai fahaman salah yang dipegang itu, dia bukan saja tidak mahu menerima teguran berkenaan malah boleh menjadi agresif dan sanggup mencabar sesiapa saja yang cuba menasihatinya.

Dalam kes-kes ekstrem orang yang sakit mental ini boleh mengakui dia sudah bertemu dan berdialog dengan Rasulullah, malah lebih serius lagi apabila mengakui bahawa dia adalah seorang nabi yang dipilih khas oleh Allah. Ini menunjukkan pemikiran yang tidak realistik dan dipengaruhi pelbagai fantasi dan delusi.

Orang yang mengalami penyakit mental kerap dilihat bercakap dan ketawa sendiri. Biasanya orang begini mendakwa mereka sedang berbual dengan seseorang. Tetapi pada hakikatnya tiada seorang pun yang ada di sisinya.

Fenomena ini disebut halusinasi, di mana pesakit mengalami gangguan persepsi, oleh itu dia akan terus bersembang, kerana kepadanya orang dalam halusinasi itu betul.

Apa yang diperkatakan adalah tanda awal sebelum pesakit menunjukkan gangguan mental yang lebih serius. Jika berlaku perkara seperti ini adalah lebih baik ahli keluarga segera mendapatkan rawatan demi kesihatan orang yang tersayang.


myra

Google AdSense

USA
Mountain View


aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 18/05/2005 :  05:11:28 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Alamak...........! myra kena penyakit mental ker? selalu Myra susah tidur.. sedih.. bangun pada sepertiga malam..... ingat perkara2 ganjil, sugul........................ myra gila ke?

tapi myra pembersih...... bukan kot...
harap2 bukan myra...........

myra
Go to Top of Page

iha
Average Member



Malaysia
876 Posts

Posted - 20/05/2005 :  11:13:50 AM  Show Profile Send iha a Private Message  Reply with Quote
huhh...takut nyer???kalo gitu iha pon sakit mentel ke???ya alllah..ohh tidak!!!!

~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 21/05/2005 :  03:01:41 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
aduh mak... dik..biar benar awak dik... sakit mental ke dik.. akak tak tau dik.. maafkan akak yer... heheheheheh

myra
Go to Top of Page

iha
Average Member



Malaysia
876 Posts

Posted - 25/05/2005 :  09:19:02 AM  Show Profile Send iha a Private Message  Reply with Quote
heheh...iha tidak mengidap sakit mentel lah!!!!

~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 08/06/2005 :  08:42:12 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
nasib baik...

myra
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.19 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA - Privacy Policy