| Author |
Topic  |
|
|
aramyra
Moderator
    
 Malaysia
3032 Posts |
Posted - 15/05/2005 : 04:28:03 AM
|
Cara lakukan CPR...
1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.
3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.
4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).
5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.
6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.
7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.
Kumpulan yang perlu tahu melakukan CPR
Sekurang-kurangnya seorang dalam tujuh orang.
Semua orang yang bekerja di tempat berisiko tinggi.
Penjaga orang tua dan kanak-kanak (termasuk pekerja di rumah penjagaan orang tua dan kanak-kanak cacat).
Petugas institusi perubatan, termasuk pengawal keselamatan dan pekerja am.
Semua ahli keluarga pesakit atau bekas pesakit jantung dan penyakit kronik lain.
myra
|
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 15/05/2005 : 08:57:08 AM
|
hahaha...wahai lelaki...jangan ambik kesempatan yer!!
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
|
aramyra
Moderator
    

Malaysia
3032 Posts |
Posted - 16/05/2005 : 03:48:16 AM
|
yer...... klu ade antara mereka y ambil kesempatan, kuatkan semangat, bangun terus...! jangan le nak mengada2 pengsan lelama ye.... heheheheh
myra |
 |
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 16/05/2005 : 04:38:44 AM
|
hehehh!!betul tu...kalo anuar zain takpe!!hahahah
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
| |
Topic  |
|