| Author |
Topic  |
|
|
aramyra
Moderator
    
 Malaysia
3032 Posts |
Posted - 15/05/2005 : 04:26:01 AM
|
Elak makanan tercemar
Antara mikro organisma penyebab keracunan makanan:
Bakteria Bacillus cereus menyebabkan cirit-birit dan muntah. Biasanya mencemarkan daging, susu, sayur-sayuran, ikan dan produk beras.
Compylobacter jejuni paling biasa menyebabkan cirit-birit. Ada dalam air kotor, daging, ayam, itik dan susu mentah.
Clostridium perfringens bakteria paling cepat membiak dalam makanan yang disimpan pada suhu bilik atau makanan yang disejukkan perlahan-lahan seperti bufet.
Clostridium botulinum bakteria yang menghasilkan bahan toksin dalam keadaan tiada oksigen seperti makanan berkaleng dan salai.
Escherichia coli walaupun secara umumnya ia tidak berbahaya, tetapi boleh menyebabkan cirit-birit. Biasanya ada dalam susu tidak dipasteur dan daging kurang masak. Jenis E. coli 0157:H7 boleh menyebabkan kematian.
Listeria monocytogens biasanya dijumpai dalam susu tidak dipasteur, produk tenusu, daging mentah, makanan laut dan ikan.
Salmonella Biasanya ditemui dalam daging ayam dan itik yang kurang masak, telur, ikan dan susu tidak dipasteur.
Virus Hepatitis A virus yang boleh merebak melalui najis dan air tercemar.
Trichinella spiralis parasit dalam daging babi yang tercemar atau kurang masak.
Mengelakkan keracunan makanan:
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara punca utama keracunan makanan berlaku ialah ketika pengendalian dan penyediaan sama ada di rumah, gerai atau restoran.
Makanan yang tercemar bakteria berisiko tinggi menyebabkan keracunan. Bagaimanapun, kesedaran dan pengetahuan mengenai pengendalian serta penyediaan selamat masih rendah.
Keracunan makanan juga boleh berpunca akibat:
Menyimpan makanan dalam zon bahaya kebanyakan patogen membiak dalam suhu antara lima hingga 60บ Celsius yang dipanggil suhu zon bahaya. Keadaan lebih buruk jika makanan disediakan lama sebelum waktu makan, dibiarkan pada suhu yang mudah bakteria membiak atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya.
Persilangan pencemaran antara makanan masak dan mentah bakteria daripada makanan mentah boleh mencemarkan makanan yang dimasak atau sedia dimakan. Kedua-dua jenis makanan ini perlu disimpan berasingan dalam bekas kedap.
Pencemaran ketika penyediaan pastikan tangan dan semua peralatan seperti papan potong sentiasa bersih.
Antara prinsip asas untuk mengelakkan makanan tercemar ialah:
a. Pembelian
Pastikan tarikh luput (juga ditulis baik sebelum) setiap barangan yang dibeli dan tin (bagi makanan berkaleng) dalam keadaan baik.
Buat pemeriksaan kasar kebersihan kedai. Ia petanda untuk mengetahui amalan kebersihan pemilik premis itu.
Jangan beli produk tenusu atau makanan yang sepatutnya disimpan sejuk atau beku tetapi dijual dalam keadaan sebaliknya.
Pastikan bungkusan tidak rosak, tin tidak kemek atau kembung dan pelekat jaminan keselamatan masih ada.
b. Simpanan
Simpan makanan sebaik saja sampai di rumah, terutama makanan yang perlu didingin beku.
Simpan makanan mentah, sedia dimakan dan yang sudah masak dalam bekas berasingan di dalam peti sejuk.
Jangan masukkan makanan panas dalam peti sejuk kerana ia boleh menaikkan suhu peti sejuk.
Simpan makanan berkaleng, paket dan botol di tempat kering dan sejuk, terlindung daripada serangga serta haiwan perosak.
c. Penyediaan makanan
Basuh tangan setiap kali sebelum menyedia, masak, menghidang dan makan, walaupun anda makan menggunakan sudu dan garpu.
Pastikan makanan panas dimakan waktu masih panas dan sebaliknya. Elak makanan yang disimpan pada suhu bilik melebihi dua jam. Berhati-hati juga ketika makan dalam majlis besar seperti simposium atau aktiviti sosial.
Jangan masak makanan untuk orang lain jika anda tidak sihat.
Semua peralatan dapur, terutama papan pemotong, mestilah bersih. Gunakan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan sudah dimasak.
Jangan bekukan semula makanan yang sudah dinyah beku kerana ia boleh galakkan pembiakan bakteria.
Makanan yang dimakan mentah seperti ulam perlu disimpan dalam peti sejuk sehinggalah tiba waktu makan atau makan segera sejurus ia disediakan.
Pengguna juga perlu lebih berhati-hati apabila membeli makanan dari gerai, antaranya:
Pilih makanan yang hanya dimasak apabila dipesan dan makan ketika ia masih panas.
Elak mengambil makanan yang sudah lama dimasak dan sejuk.
Elakkan juga makanan yang sepatutnya sejuk tetapi ada pada suhu bilik (suam) ketika dijual.
Jangan makan makanan yang berbau atau mempunyai rupa yang pelik dan berlainan daripada sepatutnya.
Pastikan anda memilih gerai bersih. Ini boleh dilakukan dengan memerhatikan sijil pengkelasan kebersihan (termasuk ketika penyediaan makanan) yang diberikan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan, sama ada gred A, B atau C.
myra
|
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 15/05/2005 : 08:58:14 AM
|
betul tu...kak myra,akak ni doktor ke?hheheeh
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
|
aramyra
Moderator
    

Malaysia
3032 Posts |
Posted - 16/05/2005 : 03:47:08 AM
|
hauahahahahahahahahah............................................... doktor ayam.... heheh
myra |
 |
|
|
iha
Average Member
  

Malaysia
876 Posts |
Posted - 16/05/2005 : 04:39:52 AM
|
hahha..takpe doktor gak!!!
~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~ |
 |
|
| |
Topic  |
|
|
|