Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Fans Anuar
 Cipta Kreatif
 Di Saat Sesaat Terlelap
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

ElmiZulkarnain
Starting Member


9 Posts

Posted - 07/09/2005 :  2:26:29 PM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
Di Saat Sesaat Terlelap

Di saat sesaat terlelap..
tersentak sarat nan berat..
bangunlah aku dari sunyinya mimpi ini
biarkan aku terlelap lagi
memimpikan dirimu lagi..
Tak ingin ku terjaga dari mimpi ini
karena engkaulah harta mimpiku...
biarkan aku di sampingmu..
memeluk jiwamu dengan semua rasa di hati..
mendakap hatimu dengan segenap jiwa yang kupunya.
Jadi kumohon..
buatlah aku terlelap selalu..
kerana kuingin di sampingmu..
untuk selamanya
selamanya dan selamanya...

Elmi Zulkarnain
www.geocities.com/pujanggatemasek


Elmi Zulkarnain

shahrul
Administrator



Malaysia
10147 Posts

Posted - 11/09/2005 :  2:48:53 PM  Show Profile  Visit shahrul's Homepage Send shahrul a Private Message  Reply with Quote
sungguh puitis menyusuk kekalbu :-)

© www.Anuar-Zain.com
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 12/09/2005 :  01:21:25 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
hai elmi... wow.. bakat yang agak besar nih... selamat datang dari myra. terima kasih atas sumbangan elmi.. kami di az.com amat menghargai karya elmi.... sumbangan seterusnya amat dialu2kan....

myra
Go to Top of Page

ElmiZulkarnain
Starting Member



9 Posts

Posted - 08/01/2006 :  12:09:50 AM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
Terima Kasih Elmi ucapkan kepada Shahrul dan aramyra .. Elmi amat hargai komentar yang diberikan. *wink*

*Langit Menyimpan Seribu Hujan*





Langit menyimpan seribu hujan
Hujan yang menyimpan berjuta harapan
Tunggu membasuh derita desa Rara tercinta

Bersama awan nan mendung
Zahara, nampak murung
Ayah dan ibu tiada bersama
Di bawah timbunan bata entah di mana
Kemiskinan keseorangan cuba fahami hakikat
Mencari kebebasan dari kehidupan tersekat

Lambaian rumputan liar dan angin mendingini
Cuba melenakan dia melupakan segala
Namun, mengingati saudara yang telah pergi
Hati yang remuk asyik bertanya

Kabus menyelimuti segenap kawasan gunung
Hawa sejuk salju menikam kulit
Hanya khemah kanvas menjadi pelindung
Sepuluh tubuh manusia berhimpit-himpit
Terdengar seorang lelaki meraung
Zahara dan gelisah terus bertarung

Penduduk Rara hidup binasa
Musim bertukar keadaan tidak berubah
Rumah dan sekolah masih tiada
Setiap ketika hanya menampung air mata
Gempa Kashmiri telah meragut segala-gala

Si dara yang yatim kini menjadi mangsa
Manusia buas melayan nafsu mereka
Anak kecil dijaja mengejar dolar
Janda cuba menyusu anak tidak bernyawa

Mata merah menyala
Kecewa merayap dalam hati
Zahara ingin terbang tinggi
Membawa jeritan dan sedih sendiri

Dia tidak akan membiar diri kalut begitu
Tergerak pula menenang jiwa terganggu
Tergerak pula ingin sedar dari racau mengganggu
Di atas pasir dengan sejadah
Sebut dia kata-kata Allah
Dengan kain putih menutup kepala
Zahara masih percaya

Akan menjelma seketika cahaya
Merubah derita jadi bahagia
Akar iman mengurat di bumi tercinta
Sungai hampir kering ikut bertasbih
Menyelesakan diri yang kian tertindih
Berzikir bumi memberi pujian pada yang Esa
Hati mula tersenyum bebas dari siksa
Hujan akan turun bersama harapan
Bersama haruman bunga syurga Tuhan
Sungai kembali deras sepanjang masa
Mengalir barakah ke hilir semula

Elmi Zulkarnain
22 Disember 2005
Buat Desa Rara, Pakistan

Elmi Zulkarnain
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 10/01/2006 :  6:42:02 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Elmi................... pada firasat myra, elmi menukilkan puisi sebegini dengan penuh penghayatan dan penuh perasaan... hanya yang melalui dan merasai mampu mengeluarkan penghayatan seperti elmi... adakah elmi seorang pemerhati atau sememangnya elmi suka berpuisi?? siapa diri elmi sebenarnya?? teringin juga myra mengenali elmi...

terima kasih atas sumbangan elmi pada forum ini...

myra
Go to Top of Page

zura_niena
Senior Member



Malaysia
1825 Posts

Posted - 12/01/2006 :  11:51:35 AM  Show Profile  Reply with Quote
betul la kak myra.. mmg puitis abis.. mmg best!!!!

Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!!
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 12/01/2006 :  8:16:02 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
tu la dik... akak pun tak terjangkau la idea nak buat puisi sepuitis elmi ni.. klu dapat kenal dia, bleh mintak tips.. download idea buat puisi....

elmi, sumbangkan puisi elmi pada blog myra bleh??

myra
Go to Top of Page

zura_niena
Senior Member



Malaysia
1825 Posts

Posted - 13/01/2006 :  12:53:18 PM  Show Profile  Reply with Quote
:)

Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!!
Go to Top of Page

ElmiZulkarnain
Starting Member



9 Posts

Posted - 17/01/2006 :  11:02:23 PM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
A'kum aramyra dan zura_niena.

Terharu dan terkesan juga Elmi mendengar komentar yang diberikan tentang puisi Elmi. Alamat blog myra apa ..? Boleh juga Elmi singgah dan sumbangkan hasil nukilan Elmi. Bagi Elmi, puisi adalah untuk semua. Bukan hanya untuk golongan elitis yang digelar sasterawan. Tanpa masyarakat atau sidang pembaca umum, puisi dan penyair tidak akan ke mana-mana. Elmi hanyalah seorang penyair siber yang merantau di ruang maya mencari ruang untuk berkongsi karya. Terima kasih kepada az.com kerana sudi menerima kehadiran Elmi di sini.

Ikhlas
Elmi Zulkarnain
www.elmizulkarnain.blogspot.com

Menghempas Diri Ke Dasar Nyata

Ada suatu kemustahilan
Kuharapkan penjelmaannya

Ingin rasanya aku terbaring di pangkuannya
Lalu tertidur lelap dalam belaiannya

Satu kemustahilan derai nyata

Berteman bulan sepi
Debur ombak tak bererti
Aku terpisah dengan sebuah mimpi

Penjelmaanmu ku tunggu di pembaringan di seluruh malam

Kadang aku terlalu banyak diam
Lalu kertaslah yang aku ributkan
Dengan keadaan jiwaku yang kosong kekeringan

Aku sedang terkulai bosan insani
Mengejar apa yang tak pasti

Angan-angan tak pasti
Hidup tak pasti
Mati pun kurasa tak pasti

- www.geocities.com/pujanggatemasek

Elmi Zulkarnain
Go to Top of Page

zura_niena
Senior Member



Malaysia
1825 Posts

Posted - 21/01/2006 :  2:19:15 PM  Show Profile  Reply with Quote
w`salam elmi.. zura mmg terpegun bila baca elmi nyer puisi.. whatever pun, tq sbb sudi share ngan kita semua kat forum nie.. kalo nak tau psal blog kak myra, elmi boleh pi kat ruangan sudut khas pastu elmi click kat rangkaian website.. kat situ ada blog kak myra.. :)

Roses are RED, Violets are BLUE, If you know me WELL, I`II always stay TRUE!!
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 27/01/2006 :  7:16:17 PM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
hai elmi... tq... mmg myra rasa kagum dengan puisi2 yang disumbangkan oleh elmi... cantik bahasanya, lembut maknanya.... hanya yang mengerti akan dapat mencungkil pengisiannya.... juz click to my blog aramyra.blogdrive.com.

myra
Go to Top of Page

ElmiZulkarnain
Starting Member



9 Posts

Posted - 29/01/2006 :  11:00:56 PM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
Segunung Kasih Seribu Ketika

Melepaskan diri dari lelah hidup
Hari-hari yang terik tanpa redup
Menangis dalam gelap bayang-bayang
Bersembunyi dari terang rembulan siang

Terjaga aku kembali pada nyata
Menjenguk keluar dari gelita rasa
Menahan nafas cuba mendengar
Degupan jantung tubuh gementar

Aku bertapak ke dalam lembah abstrak
Satu ketika dalam dalam seribu lagi
Menonton kepalsuan yang meluas
Mendapat tempat pengganti kasih

Kisah lama aku cerminkan
Yang sukar lenyap dari ingatan
Sehingga aku di hujung waktu
Aku memburu gunung kasihku


Elmi Zulkarnain


www.geocities.com/pujanggatemasek

Elmi Zulkarnain
Go to Top of Page

ElmiZulkarnain
Starting Member



9 Posts

Posted - 08/10/2006 :  4:34:11 PM  Show Profile  Visit ElmiZulkarnain's Homepage  Click to see ElmiZulkarnain's MSN Messenger address  Reply with Quote
Terperangkap di Lorong Sepi

Terperangkap di lorong sepi
Aku bertatih menanti titah
Memanjat doa sepatah-sepatah
Menyimpan tangisan mengadah tangan
Menyimpan ribuan tanda tanya dalam fikiran
Adakah aku dicintai Tuhan?

Keindahan kekata aku terasa
Mencapai pena lembaran kertas
Tangan menggeletar mula membaris
Kata-kata bukan kataku
Kata-kata yang memaksa ku membisu

“Bangkitlah meskipun terbaring berulang kali
Tuhanmu tidak pernah membenci
Pesona akhirat tiada akan pergi lagi
Tiada perlu kau rendamkan haru birumu

Keindahan itu bukan wujud dalam angan
Bukan sangkaan ia kenyataan
Nyawa di dunia satu kurungan
Hanya di akhir waktu itulah kebebasan!”

Bumi disapa mentari yang muncul kembali
Menendang gelita yang menduka masa
Sedih serta tangisan yang memilu
Menghentak setiap relung kalbuku
Bergetar alam tersenyum sejuta rasa
Setelah lama berkelana kesunyian jiwa

Rembulan datang dijemput malam
Kembali berpelukan bersama awan
Kesucian Ilahi mengisi bumi
Menyinar raga mulia dan keji

Mataku semakin berkabur
Mata hati penjelas inderia
Aku mencari daya mencari diri
Melaung lantang menggagah berani
Sepi sudah berangkat pergi


Elmi Zulkarnain
www.geocities.com/pujanggatemasek

Elmi Zulkarnain
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.59 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free