Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Info Anuar Zain
 Di Mana Anuar
 Anuar perlu lebih RM1j
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

nanie_pie
Moderator


Malaysia
2663 Posts

Posted - 19/03/2008 :  11:20:02 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote

KEMUNCULAN semula Anuar Zain bersama album terbarunya, Anuar Zain menampakkan kebangkitan semula Anuar dalam persada hiburan tanah air. Bersaing dengan penyanyi generasi baru, pesona Anuar di atas pentas belum pudar. Persembahan dan kemunculan semula Anuar masih dirindui peminatnya.
Pada acara jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007) di Johor Bahru pada Sabtu lalu, Anuar yang tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular menghiburkan ramai pengunjung. Menariknya, Anuar dicalonkan dalam ABPBH2007 kali ini selepas terakhir pada 2004.

Mempertaruhkan kekuatan album terbaru untuk mengatasi saingan penyanyi popular lain seperti Mawi, Hazami, Adam AF2 dan Faizal Tahir, khabar terbaru, penyanyi berusia 38 tahun ini sedang merancang untuk mengadakan konsert solo yang pertama.

Namun, Anuar berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan impian konsert solonya ini. Bagi mendapatkan penjelasan, wartawan Harian Metro, ELRAFAEI SAPI (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) berinteraksi dengan Anuar bagi mendapatkan kisah lanjut dan perkembangan terbarunya.

Soalan (S): Apa projek terbaru Anuar sekarang?

Jawapan (J): Buat masa ini saya masih meneruskan aktiviti mempromosikan album saya dan memenuhi jemputan mengadakan persembahan. Sambil terbabit dalam acara jelajah ABPBH2007 di Johor Bahru pada hujung minggu lalu, saya juga kini merancang untuk mengadakan konsert solo pertama saya.

S: Sudah berapa tahun Anuar merancang ingin mengadakan konsert solo ini?

J: Sebenarnya lebih dua tahun saya merancang untuk mengadakan konsert solo ini tetapi hingga kini, masih belum ada rezeki.

S: Mengapa belum ada rezeki?

J: Terus terang saya katakan, konsert solo yang ingin saya laksanakan sebenarnya sukar mendapat penajaan. Mungkin orang tidak percaya bagaimana saya sebagai penyanyi yang sudah berpengalaman selama 25 tahun dan mempunyai nama besar dalam persada seni tanah air sukar mendapat penajaan tetapi itulah hakikatnya.

Sudah banyak usaha saya lakukan untuk mencari penaja tetapi tiada yang sudi. Saya juga tertanya-tanya dalam diri, mengapa sukar artis tempatan mendapat penajaan. Apakah penaja takut dengan sambutan yang kelak diterima atau artis tempatan terus dianaktirikan penaja tempatan sendiri.

Perkara ini bukannya isu baru. Sejak beberapa tahun lalu, kita pernah terdengar artis tempatan menghadapi masalah yang sama iaitu sukar mendapat penaja. Kini, saya sendiri mengalaminya.



S: Berapakah kos yang diperlukan untuk merealisasikan konsert solo Anuar ini?

J: Kos ini memerlukan peruntukan lebih RM1 juta meliputi kelengkapan peralatan sistem bunyi, menyewa tapak konsert dan bayaran lain termasuk pemuzik dan penyanyi latar.



S: Apakah tindakan Anuar selepas ini?

J: Saya tidak akan putus asa untuk terus mencari penaja yang sudi menaja konsert solo pertama saya ini. Bagi saya konsert ini penting sebagai tanda penghargaan saya kepada peminat yang sekian lama menyokong kerjaya seni saya. Sudah lama peminat tunggu untuk menyaksikan konsert saya ini dan saya berharap ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

Namun, pada 2 Mei depan, saya terlebih dahulu akan menjayakan showcase solo berkonsep makan malam. Acara ini akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dan dijangkakan 600 peminat akan hadir pada acara itu nanti.



S: Bagaimana dengan projek album seterusnya?

J: Saya meletakkan tempoh antara satu setengah tahun untuk menghasilkan album baru. Buat masa ini, saya sedang mengumpul lagu baru untuk dimuatkan dalam album itu nanti dan merancang menampilkan kesemua lagu baru.

Selain album ini menjadi hadiah buat peminat, saya juga merasakan penghasilan lagu baru cukup penting dalam persembahan saya sendiri. Seperti harapan peminat, saya tidak mahu menyanyikan lagu yang sama atau lagu orang lain dalam persembahan sendiri.



S: Minggu setiausaha bakal menjelang tiba. Apakah Anuar akan sibuk dengan undangan seperti lazimnya?

J: Pada tahun ini, saya tidak bercadang untuk terbabit dalam Minggu Setiausaha. Cukuplah selama enam tahun saya menghiburkan peminat menerusi acara ini. Memang banyak tawaran yang saya terima tetapi saya sudah membuat keputusan untuk berehat daripada acara itu. Mungkin tahun depan, saya akan kembali semula.



S: Mengenai pencalonan Anuar dalam ABPBH2007, mungkinkah peminat akan mengundi Anuar sebagai pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular?

J: Saya tidak terlalu memikirkan soal menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan. Saya tercalon kerana mempunyai album baru. Bagi saya, harapan melihat peminat suka dengan lagu saya lebih diutamakan.

Tercalon dalam ABPBH2007 kali ini sudah cukup bermakna dan besar maknanya bagi saya. Sesiapa sahaja yang tercalon berhak untuk menang dan apa yang lebih penting pembabitan artis dalam menjayakan acara ini perlu diberi perhatian.


Rindu Belaian - lelaki ini :)

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 19/03/2008 :  11:21:26 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
so apa lagi, kepada smua yg rindukan konsert Anuar bersiap sedialah dr skang, tp akak ttp mengharapkan Anuar akan buat mini konsert jelajah malaysia.... yg paling penting kat JB :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 20/03/2008 :  02:53:31 AM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
Assalamualaikum...

Kak nanie...arih tu pegi tak tgk dia masa ABPBH....?????

"Mungkin....."
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 20/03/2008 :  11:38:22 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
w'salam linda, alhamdulillah kali ni akak x terlepas :) klu x silap minggu depan AZ akan ikut ABP kat shah alam plak.... so jgn lah lepaskan peluang tu k :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 20/03/2008 :  11:39:08 PM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
ye ker.....hermmmm...awat tak tau ni.....hari apa..kat mana ekk kak...

"Mungkin....."
Go to Top of Page

arnita_irman
Junior Member



Malaysia
221 Posts

Posted - 21/03/2008 :  12:55:27 PM  Show Profile  Send arnita_irman a Yahoo! Message Send arnita_irman a Private Message  Reply with Quote
Hai kak lyenda.. AZ akan join roadtour ABPBH kat Shah Alam City Centre. Dia akan nyanyi 3 buah lagu. Hari ahad ni tau!! see u there.. ahaks... ye kan kak nanie??

Eyta - Teman terulung..sayap hidupku
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 28/03/2008 :  4:40:43 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
lyenda g x ahad lepas kat SACC?

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 29/03/2008 :  01:04:17 AM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
TQ eyta dearie....akak tak pegi SACC tu....i was down with fever....pastu grandma masuk spital...hopefully showcase ni...dpt jumpa abg nuar again...

"Mungkin....."
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 29/03/2008 :  3:30:26 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
ler ruginyer x p.... x per nnti time showcase kite g ea! akak dr JB g shah alam smata2 tuk AZ :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page

Lyenda76
Junior Member



Malaysia
460 Posts

Posted - 31/03/2008 :  10:20:18 AM  Show Profile  Click to see Lyenda76's MSN Messenger address  Send Lyenda76 a Yahoo! Message  Reply with Quote
perghhhh......sakan ekkk kak...mementangla ujung minggu...heehehheeeh...mmg rancang nk gi....tapi....same day atok admitted ....so cancel semua planning.....

"Mungkin....."
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 31/03/2008 :  12:42:07 PM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
x per lah maybe lain kali bleh jumpa anuar kan :)

Rindu Belaian - lelaki ini :)
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.22 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free