Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?

 All Forums
 Fans Anuar
 Tips
 INTROVERT... perlukan bantuan? jom join forum...
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

aramyra
Moderator


Malaysia
3032 Posts

Posted - 05/10/2005 :  02:53:47 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Bantu remaja hadapi hidup

Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD
(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas)

SUDAH menjadi kelaziman, setiap remaja ingin mendapatkan seramai kawan yang mungkin. Ada antara mereka dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘extrovert’, yang mana mereka gemar bergaul dengan ramai orang, mudah mesra dan peramah.

Segolongan lagi ialah remaja yang menunjukkan ciri-ciri ‘introvert’ yang bermakna mereka kurang selesa apabila berdepan orang lain, lebih gemar bersendirian dan tidak banyak bergaul.

Kedua-dua perwatakan ini ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang kepada kebijaksanaan remaja untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa.

Dalam usaha mencari rakan dan teman, kadangkala remaja terjebak dan terperangkap dengan rakan yang sengaja mengambil kesempatan dan akhirnya remaja yang pada asalnya berniat baik boleh menjadi kecewa dan hampa apabila mereka dipergunakan.

Di sinilah fungsi ibu bapa sangat penting. Mereka harus memantau gerak-geri anak, terutama remaja perempuan.

Ketika peringkat remaja, ramai yang baru mula hendak beramah mesra dengan rakan.

Dalam keadaan demikian, mereka hanya nampak perkara baik dan belum bijak menilai kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Pada peringkat ini, ramai remaja kurang mahir menilai risiko kemungkinan berlaku sesuatu yang mungkin merugikan mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberi nasihat terbaik dan membina bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak mereka.

Banyak tragedi dan peristiwa malang berlaku kepada gadis desa, terutama daripada keluarga pendapatan rendah yang berhijrah ke kota setelah diberi janji manis oleh teman mereka, tetapi akhirnya terjurumus ke lembah yang menyedihkan.

Bagi remaja lelaki, kadangkala mereka terlalu leka dengan pelbagai kegiatan rekreasi hinggakan keutamaan yang harus diberi perhatian, iaitu pelajaran, mungkin turut terjejas.

Dalam aspek membina persahabatan, remaja perlu memberi perhatian pada beberapa perkara.

Pertama, persahabatan perlu memberi faedah kepada kedua-dua pihak, iaitu mereka berpeluang menimba pengetahuan dan kemahiran.

Ini adalah satu proses pembelajaran dan pengalaman seperti ini akan membuat remaja lebih bersedia menyesuaikan diri pada masa depan.

Perkara penting dalam usaha menjalin persahabatan adalah keupayaan seseorang mengetahui bagaimana berdamping dengan orang lain secara sihat.

Bukan saja tutur kata dan tingkah laku yang penting, malah ketrampilan seseorang remaja juga penting.

Ini bermaksud pakaian dan wajah berseri akan membuat seseorang itu nampak lebih kemas lagi.

Begitu juga pandangan orang lain, apabila seseorang remaja nampak kemas, dia akan dihormati dan dipuji.

Kedua, remaja perlu ada perasaan bahawa mereka lebih baik daripada apa yang difikirkan.

Perasaan positif seperti ini akan meningkatkan harga diri mereka.

Ketiga, remaja jangan memikirkan bahawa tahap intelek mereka rendah berbanding orang lain.

Begitu juga mereka jangan memikirkan bahawa tahap intelek orang lain lebih tinggi daripada mereka.

Sikap seperti ini akan membuatkan remaja itu menjadi kecewa dan terasing.

Keempat, jangan sekali-kali menabur fitnah dan menyebar khabar angin mengenai rakan, walaupun memang wujud kecacatan dimaksudkan.

Apabila seseorang remaja mendengar pujian mengenai rakannya, dia digalakkan memberitahu rakan itu mengenai pujian yang diperkatakan.

Kelima, setiap remaja bertanggungjawab menceria dan menggembirakan keluarganya. Oleh itu dalam apa juga aktiviti diceburi, biarlah aktiviti itu memberi keriangan kepada keluarganya.

Keenam, ada remaja membuat andaian bahawa persahabatan akan membawa kepada pembentukan rumah tangga. Mungkin ada kes tertentu seperti ini, tetapi ia bukan kelaziman.

Oleh itu, remaja harus bijak membuat pertimbangan sewajarnya supaya usaha mengecapi harapan dan impian mereka boleh dicapai.

Kadangkala berlaku peristiwa di mana seseorang remaja hampa kerana apa dihajati tidak kesampaian.

Dalam keadaan demikian, individu terbabit boleh cepat marah dan kecewa.

Dalam keadaan ini, tiada gunanya remaja berkenaan membalas dendam. Jika boleh, jangan salahkan sesiapa dan tidak perlu memarahi orang lain.

Ada juga remaja terbabit cuba melarikan diri dari rumah akibat kekecewaan dialami.

Sesungguhnya perilaku melarikan diri adalah amalan tidak sihat kerana ia membebankan lagi kerumitan dialami keluarga.

Oleh itu, jangan terlalu mengikut perasaan seperti kata pepatah; ‘ikut rasa binasa, ikut hati mati’.

Remaja tidak perlu ikut perasaan dan emosi keterlaluan. Bawa bertenang, fikir semula keadaan sedia ada, minta bantuan keluarga dan dapat rawatan jika perlu.

Remaja bermasalah lebih terdedah kepada risiko mengalami pelbagai gangguan mental apabila berdepan tekanan perasaan pada masa depan.

Oleh itu, remaja perlu bijak menilai satu-satu situasi dan membuat pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi. Gunakan daya fikir kreatif untuk mengatasi cabaran, jangan biarkan emosi liar mempengaruhi perilaku anda.

myra
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.17 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA - Privacy Policy