Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?

 All Forums
 Fans Anuar
 Bantuan
 Tolong!! Bengang!!
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Next Page
Author Previous Topic Topic Next Topic
Page: of 2

aramyra
Moderator


Malaysia
3032 Posts

Posted - 03/06/2005 :  07:17:54 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Errr..... u all ade dengar tak pasal gomen nak bagi kondom, metadon, jarum suntik free kat penagih???

apa barang???~!!!!! hello!!

apa kata u all ttg ni???

sungguh lah tak bersetuju langsung...!!

wah!! klu betul jadik, melampau2 lah penagih... artis2 yg suka menagih dan meneguk pun bestlah...

umpama mengantuk, lagi nak sorong bantal...!! time tu tilam pun tak guna lagi dah....

korang2 setuju ker?? tak nampak pelik dan janggal ker ade cadangan macam nih???

peliksnyer........

myra

Google AdSense

USA
Mountain View


nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 04/06/2005 :  12:58:36 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
tu lah kadang2 bila pk balik idea budak sek rendah pun lebih baik... tp apa kita nak kt bila org yg perasan bijak pandai dah buat keputusan! tak lama lagi dadah dah bleh jual kat 7-11 ler gamaknyer!
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 04/06/2005 :  02:29:14 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
huh!!! myra takleh time langsung!!!! ape nak bagi makan jerangkung???? bagi makan kita nih ade untung ... bleh buat bakti kat negara...! bagi makan depa, buat aper??? bagi taik kat kiter ade lah.... sori to say lah... terkasar dah tak kesah dah... myra mmg marah giler dengan cadangan bodohhhh macam nih... tolonglah gomen...! jangan huru harakan umat!!!

myra
Go to Top of Page

cool_girl_85
Junior Member



Malaysia
237 Posts

Posted - 05/06/2005 :  9:33:33 PM  Show Profile  Visit cool_girl_85's Homepage  Send cool_girl_85 a Yahoo! Message Send cool_girl_85 a Private Message  Reply with Quote
itulah pasal. rasa macam tak masuk akal je semua ni. cubalah fikir baik dan buruknya kalau cara ni dilaksanakan. banyak lagi cara lain untuk kurangkan penagihan dadah ni.

Jangan lupa klik >> You must be logged in to see this link.
Go to Top of Page

iha
Average Member



Malaysia
876 Posts

Posted - 06/06/2005 :  02:34:39 AM  Show Profile Send iha a Private Message  Reply with Quote
a'ah..setuju sangat ngan cool girl!!

~Dalam Kehidupan,Kita Perlu Lalui Dengan Tabah Dan Bersabar~
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 06/06/2005 :  03:01:38 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
yes cool girl... mmg banyak sangat kekdah nak reduce drug addicts nih... apa nak buat macam nih??? kesian negara kita.. kesian bangsa kita... aduh... ap nak jadik???!

myra
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 06/06/2005 :  04:53:53 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
apa nak jadi??? inilah yg terjadi budget nak buat jejantas x de? kos perubatan dlm cadangan utk dinaikan! harga minyak terus naik? Diesel bakal naik lagi! mana pergi semua duit... nak spend buat beli kondom dan jarum suntik... baik punyer ideakan!
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 06/06/2005 :  04:56:25 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
mungkin ker ini yg dikatakan malaysia bakal menjadi negara yg cemerlang, gemilang dan terbilang ??? dr arah mana perkara ini akan berlaku? rasanya hanya kekuasaan tuhan sajer yg mampu menjadikan impian kita satu realiti... berdoalah agar pemimpin kita lebih celik mata hati!
Go to Top of Page

arnita_irman
Junior Member



Malaysia
221 Posts

Posted - 09/06/2005 :  11:17:08 PM  Show Profile  Send arnita_irman a Yahoo! Message Send arnita_irman a Private Message  Reply with Quote
ermm... ni semua kategori kerja yang tak mendatangkan faedah... nak menyelesaikan masalah bukan dengan cara melupakan masalah tuh.. sekejap masa dulu, ada ura-ura nak letakkan semua penagih kat satu pulau dan kat situ depa boleh beli dadah secara terbuka. Itu bukan caranya... allo...tak kan tak boleh nak beza kan cara mengelak dan cara menggalak??? Betul gak kata NIk Aziz, idea ni hanya membuatkan kita seolah2 memberikan keistimewaan kepada golongan nih... iskh...setiap perkara sebelum dilakukan perlu dikaji sebaik mungkin. Jangan sampai dah terhantuh baru nak mengadah....professional & berdedikasi
Go to Top of Page

nanie_pie
Moderator



Malaysia
2663 Posts

Posted - 10/06/2005 :  04:06:23 AM  Show Profile Send nanie_pie a Private Message  Reply with Quote
yup... bila kita bersetuju atau diamkan dengan cadangan mereka kita seolah bersubahat dlm menggalakan penagihan dadah serta seks bebas!
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 14/06/2005 :  03:38:59 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
berita terbaru ialah kerajaan akan membelanjakan RM145Juta setahun untuk memberikan kondom, jarum suntikan dan metadon percuma dan dengan alasan boleh berjimat sehingga RM500juta setahun dengan pengurangan pengidap HIV positif seramai 90000 orang.

cuba pk balik.. spent 145juta, save 500juta tapi pengurangan cuma 90000 orang?? 145 juta tu boleh tolong rakyat malaysia yang miskin dan susah.. anak2 yatim yang trbiar, org2 tua yang menderita..!!!

yakin ke boleh kurangkan 90000 HIV positif setahun?? BODOH!! akal menteri bengong macam akal ikan keli!! macam siput sedut!!

jangan jadi bodoh la..... sekarang ni PM yang kena bertindak... jangn plak nanti sama2 tak betul....
sorang terjun kolam, sorang bunuh diri.. bagus...!

myra
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 17/06/2005 :  06:52:43 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
``Kalau tak mahu, maka akibatnya jangkitan (HIV/AIDS) akan bertambah kalau mahu jangkitan dapat dikurang itu pilihan yang perlu difikirkan bersama,'' kata Perdana Menteri.

``Kalau sudah sampai ke peringkat yang membahayakan masyarakat maka ia menjadi satu desakan kepada kita untuk guna pendekatan yang dicadangkan itu sebagai satu pendekatan untuk atasi masalah yang mungkin bawa darurat kepada kita.


Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan program perintis pemberian jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah bagi mengawal penyebaran HIV/AIDS memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.

``Dari segi agama, kalau berlaku sesuatu darurat atau yang akan jadi darurat maka untuk pencegahan boleh ambil tindakan yang dicadangkan itu.

``Kalau mereka tidak diberi apa-apa bantuan seperti yang dikatakan oleh Soi Lek, mereka akan menjadi kumpulan yang menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain terutama isteri mereka.



.................................

ini antara ulasan PM kita.... tercabarnya myra dengar ulasan2 nih... apa pun pak Lah... semua nih cuma dongeng!! tolonglah...! masalah yang patut kerajaan persoalkan ialah, jika kita beri bantuan hina nih, bleh ker selesai masalah sosial nya??? masalah nya sekarag nih.. sosial!!

buat langkah. tapi selesai tak maslah sosial nih????? myra rasa tak selesai... jangan harapkan penyelesaian satu masalah tapi masalah lain plak yang jadik serius...

kenapa buntu sangat nak carik idea?????????




myra

Edited by - aramyra on 17/06/2005 06:54:30 AM
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 21/06/2005 :  07:21:16 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
kita patut pikir nak selesaikan masalah......rawatan kdg2 tak menjadi.... cari idea nak selesai lak............... org yang mmg nak tuju kematian awal, patutnya biarkan mati jer... dah itu jalan yang dipilih......

myra
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 21/06/2005 :  07:27:17 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
Brunei tidak ikut langkah kita beri jarum, kondom percuma

KUALA LUMPUR 20 Jun - Brunei tidak akan mengikuti usaha Malaysia melaksanakan program pemberian jarum dan kondom ke arah menangani penularan HIV dan AIDS.

Yang Dipertua Majlis AIDS Brunei (BAC), Datin Edah Mohd. Nor berkata, pihaknya percaya teknik mendidik serta penerapan nilai-nilai agama yang bermula pada usia muda mencukupi untuk tujuan itu.

Katanya, jumlah penduduk Brunei yang kecil menyebabkan hanya segelintir sahaja yang disahkan positif HIV dan menghidap AIDS.

``Walaupun statistik terbaru belum dikeluarkan, kami difahamkan peningkatannya tidak begitu membimbangkan untuk diklasifikasikan sebagai keadaan yang mudarat.

``Kami mengambil pendekatan kesedaran bukannya dengan memberikan kondom secara percuma kerana tidak mahu dianggap sebagai bentuk galakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan Malaysia untuk mengagihkan jarum suntikan, kondom dan metadon secara percuma dalam jangka masa enam bulan sebagai percubaan.

Berdasarkan statistik anggaran masalah AIDS dan HIV sehingga penghujung 2003 yang dikeluarkan Program Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS), Brunei hanya mencatatkan kurang daripada 200 kes.


myra
Go to Top of Page

aramyra
Moderator



Malaysia
3032 Posts

Posted - 21/06/2005 :  07:28:08 AM  Show Profile  Send aramyra a Yahoo! Message Send aramyra a Private Message  Reply with Quote
inilah negara yang sentiasa berpegang pada ajaran..... aman jer... mmg mana2 ada orang jahat.,. tapi kuantitinya agak kurang......... tahniah brunei...

myra
Go to Top of Page

shahrul
Administrator



Malaysia
10147 Posts

Posted - 26/06/2005 :  08:56:05 AM  Show Profile  Visit shahrul's Homepage Send shahrul a Private Message  Reply with Quote
setiap negara lain undang-undangnya

You must be logged in to see this link.
Go to Top of Page
Page: of 2 Previous Topic Topic Next Topic  
Next Page
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.16 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA - Privacy Policy