Forum Anuar Zain
Forum Anuar Zain
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ

 All Forums
 Fans Anuar
 Cipta Kreatif
 Resepi2 utk dikongsi.. dr Eyta Paiman

Note: You must be registered in order to post a reply.
To register, click here. Registration is FREE!

Screensize:
UserName:
Password:
Enter Anti SPAM Code: Please enter this code in the box below. If you cannot read it refresh the page. Click here for more detailed instructions.Play Sound
Click here to refresh this page
Format Mode:
Format: BoldItalicizedUnderlineStrikethrough Align LeftCenteredAlign Right Horizontal Rule Insert HyperlinkInsert EmailInsert Image Insert CodeInsert QuoteInsert List Insert youTube videoInsert Windows Media AudioInsert Windows Media VideoInsert Macromedia FlashInsert Google Video
   
Message Icon:              
             
Message:

* HTML is OFF
* Forum Code is ON
Smilies
Smile [:)] Big Smile [:D] Cool [8D] Blush [:I]
Tongue [:P] Evil [):] Wink [;)] Clown [:o)]
Black Eye [B)] Eight Ball [8] Frown [:(] Shy [8)]
Shocked [:0] Angry [:(!] Dead [xx(] Sleepy [|)]
Kisses [:X] Approve [^] Disapprove [V] Question [?]

 
   

T O P I C    R E V I E W
arnita_irman Posted - 12/05/2008 : 5:33:40 PM
RECIPE : Kek Keju MUNGKIN

1000 Gm Cream cheese
240 Gm Sugar
120 Gm Butter
120 Gm Corn flour
12 Nos. Egg yolk
400 Ml Anchor cream
12 Nos. Egg white (meringue)
2 Tbsp. Lemon juice
500 Gm Biscuit marie + 200 g melted butter

Biskut Coklat bercip PERMATA
115 gm Butter
100 gm Brown sugar
100 gm Castor sugar
1 no Egg
155 gm Soft flour
100 gm Almond powder
50 gm Chocolate chips
¼ tsp Baking powder
¼ tsp Vanilla essence

Biskut Dam BILA RESAH
175 gm Butter
350 gm Plain flour
300 gm Castor sugar
1 no Egg
25 gm Dark chocolate, melted and cooled slightly
1 no Lemon rind

ini adalah antara resepi yg pernah sy publish kan kat magazine NONA keluaran raya beberapa tahun yg lalu. Title resepi tu mmg sy letakkan nama2 lagu AZ yg menjadi pemangkin semangat sy nk mengajar pelajar2 kat sini..Time tu masih lg di awal2 pembabitan sy sbg pensyarah. Insya Allah sy akan masukkan resepi2 yag lain next time k...upon request.

Regards,

Eyta Paiman
4   L A T E S T    R E P L I E S    (Newest First)
arnita_irman Posted - 02/06/2008 : 2:14:22 PM
Salam..
dah cuba blum resepi kat atas tu? Eleh..gerenti tak lagi kan..ni memandangkan raya yg bakal nk tiba(ambil feel konsert fenomena AZ&ZZ)... sudi2 kan lah mencuba resepi KEK dari koleksi EYTA PAIMAN.. Moga raya tahun ni..makin meriah lah meja hidangan AZ fans semua...

KEK MARBLE COKLAT KAU BUNGA CINTAKU(MARBLE CAKE)
250 gm Tepung naik sendiri
250 gm Gula kaster
250 gm Mentega
5 biji Telur
¼ c.m Esen vanila
¼ cawan Serbuk koko

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Gaulkan tepung ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
4. Untuk bahagian pertama, masukkan sedikit pewarna kuning.
5. Untuk bahagian kedua, masukkan bancuhan serbuk koko dengan sedikit air.
6. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega
dan dialas dengan kertas minyak.
7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C.


KEK COKLAT LEMBAB TINGGALKAN AKU(CHOCOLATE MOIST CAKE)
1 cawan Serbuk koko
1 cawan Air
360 gm Gula kaster (Bahan A)
½ cawan gula kaster
250 gm Mentega
250 gm Tepung naik sendiri
6 biji Telur (Bahan B)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan serbuk koko, air dan gula kastor (Bahan A). Didihkan di atas api sederhana.
Tapis dan sejukkan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan tepung. Gaul sebati.
4. Masukkan campuran bahan A.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di lapiskan dengan kertas minyak.
6. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C.


KEK LOBAK MERAH KEABADIAN CINTA(CARROT CAKE)
225 gm Tepung naik sendiri
260 gm Mentega
225 gm Gula kaster
5 biji Telur
100 gm Kacang walnut
2 biji Lobak merah, diparut
1 c.t Esen vanila

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Campurkan tepung ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla.
3. Gaulkan kacang walnut dan lobak merah sehingga sebati dan sama rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dengan
kertas minyak.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C.


KEK BUAH-BUAHAN KETULUSAN HATI (FRUIT CAKE)

250 gm Tepung naik sendiri
250 gm Gula perang
250 gm Mentega
5 biji Telur
¼ c.t Esen vanilla
400 gm Buah campuran, kering

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul gula perang bersama mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Campurkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla.
4. Gaulkan sedikit tepung ke dalam campuran buah kering bagi mengelakkan ianya melekat-
lekat. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk adunan. Gaul sehingga benar-benar sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser mentega.
6. Bakar dalam ketuhar bersuhu 220°C.
arnita_irman Posted - 15/05/2008 : 3:34:05 PM
Salam...

Kali ni amek plak resepi2 asas roti k.. terasa bermurah hati plak ari ni nk share resepi2 ni ngan semua AZ fans. Cuba tau..jgn tak cuba..gerenti puas hati ngan produk hasilan sendiri..

BUN ASAS TEMAN TERULUNG
285 gm Tepung roti
30 gm Gula kaster
10 gm Yis
2 ½ gm Garam
1 c.t Bread improver/pemantap roti
35 gm Mentega
½ biji Telur
150 ml Susu, suam

Glis
1 biji Kuning telur }
4 c.b Susu } dicampurkan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung bersama bread improver, yis, gula, garam dan mentega sehingga sebati.
2. Pecahkan telur dan masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
3. Uli sehingga lembut dan sekata.
4. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda.
5. Setelah kembang, bahagikan adunan menjadi 12 bahagian. Bulatkan adunan dan susun di
atas dulang pembakar.
6. Rehatkan semula adunan sehingga kembang.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit.
8. Semasa masih panas, sapukan permukaan roti dengan bahan untuk glis.


ROTI SOSEJ DAN SAYURAN TAK LELAH
300 gm Tepung roti
55 gm Gula kaster
2 c.t Yis
5 gm Garam
10 gm Susu tepung
30 gm Mentega
½ biji Telur
150 ml Air suam

INTI
Sosej
Sayur campur
Mayonis
Cili sos

Glis
1 biji Kuning telur }
4 c.b Susu } dicampurkan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung bersama yis, gula, garam, susu tepung dan mentega sehingga sebati.
2. Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Uli sehingga
lembut dan sekata.
3. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda.
4. Setelah kembang, ambil sedikit doh dan torakkan adunan dan isikan sebatang sosej di
dalamnya.
5. Doh bersosej dipotong menjadi 8 bahagian tanpa memotong bahagian tepinya (seperti sikat).
6. Pulaskan bahagian pertama ke kanan dan bahagian kedua ke kiri dan seterusnya.
7. Letakkan sedikit sayur campur dan paipkan cili sos dan mayonis di atasnya.
8. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit.
9. Semasa masih panas, sapukan permukaan roti dengan bahan untuk glis.


ROTI KAYU MANIS SEMUA UNTUKMU
200 gm Tepung roti
20 gm Susu tepung
5 gm Yis
½ c.t Gula kaster
½ c.t Garam
10 gm Mentega
2 biji Telur
50 ml Air suam

Inti
20 gm Mentega, cair }
50 gm Gula kaster }
50 gm Kismis } dicampurkan
¼ c.t Serbuk kayu manis }

Glis
2 c.b Jelfix/ apricot jam

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung bersama susu tepung, yis, gula, garam dan mentega sehingga sebati.
2. Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
3. Uli sehingga lembut dan sekata.
4. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda.
5. Setelah kembang, canaikan adunan dan taburkan campuran inti dan gulung. Potong adunan
dan susun di atas dulang pembakar.
6. Rehatkan semula adunan sehingga kembang. Sapukan glis sebelum dibakar.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit.



arnita_irman Posted - 15/05/2008 : 3:27:26 PM
hehehe... kak leen.................................
Lyenda76 Posted - 14/05/2008 : 08:45:01 AM
Eyta...kak leen tempah dulu biskut2 tu bleh..pos kat akak......biskut PERMATA dengan BILA RESAH...heheheeheheh...nak buat susah sket...duk umah nenek ni tak complete la dapur dia..heheehehheheehehhe...bleh ekk......adikku cayanggg

Forum Anuar Zain © 2006, 2007, 2008. Anuar Zain Forum, All. rights reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.2 seconds. Powered By: Snitz Forums 2000 Version 3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free