| T O P I C R E V I E W |
| arnita_irman |
Posted - 12/05/2008 : 5:33:40 PM RECIPE : Kek Keju MUNGKIN
1000 Gm Cream cheese 240 Gm Sugar 120 Gm Butter 120 Gm Corn flour 12 Nos. Egg yolk 400 Ml Anchor cream 12 Nos. Egg white (meringue) 2 Tbsp. Lemon juice 500 Gm Biscuit marie + 200 g melted butter
Biskut Coklat bercip PERMATA 115 gm Butter 100 gm Brown sugar 100 gm Castor sugar 1 no Egg 155 gm Soft flour 100 gm Almond powder 50 gm Chocolate chips ¼ tsp Baking powder ¼ tsp Vanilla essence
Biskut Dam BILA RESAH 175 gm Butter 350 gm Plain flour 300 gm Castor sugar 1 no Egg 25 gm Dark chocolate, melted and cooled slightly 1 no Lemon rind
ini adalah antara resepi yg pernah sy publish kan kat magazine NONA keluaran raya beberapa tahun yg lalu. Title resepi tu mmg sy letakkan nama2 lagu AZ yg menjadi pemangkin semangat sy nk mengajar pelajar2 kat sini..Time tu masih lg di awal2 pembabitan sy sbg pensyarah. Insya Allah sy akan masukkan resepi2 yag lain next time k...upon request.
Regards,
Eyta Paiman |
| 4 L A T E S T R E P L I E S (Newest First) |
| arnita_irman |
Posted - 02/06/2008 : 2:14:22 PM Salam.. dah cuba blum resepi kat atas tu? Eleh..gerenti tak lagi kan..ni memandangkan raya yg bakal nk tiba(ambil feel konsert fenomena AZ&ZZ)... sudi2 kan lah mencuba resepi KEK dari koleksi EYTA PAIMAN.. Moga raya tahun ni..makin meriah lah meja hidangan AZ fans semua...
KEK MARBLE COKLAT KAU BUNGA CINTAKU(MARBLE CAKE) 250 gm Tepung naik sendiri 250 gm Gula kaster 250 gm Mentega 5 biji Telur ¼ c.m Esen vanila ¼ cawan Serbuk koko
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. 2. Gaulkan tepung ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla. 3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 4. Untuk bahagian pertama, masukkan sedikit pewarna kuning. 5. Untuk bahagian kedua, masukkan bancuhan serbuk koko dengan sedikit air. 6. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak. 7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C.
KEK COKLAT LEMBAB TINGGALKAN AKU(CHOCOLATE MOIST CAKE) 1 cawan Serbuk koko 1 cawan Air 360 gm Gula kaster (Bahan A) ½ cawan gula kaster 250 gm Mentega 250 gm Tepung naik sendiri 6 biji Telur (Bahan B)
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan serbuk koko, air dan gula kastor (Bahan A). Didihkan di atas api sederhana. Tapis dan sejukkan. 2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 3. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan tepung. Gaul sebati. 4. Masukkan campuran bahan A. 5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di lapiskan dengan kertas minyak. 6. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C.
KEK LOBAK MERAH KEABADIAN CINTA(CARROT CAKE) 225 gm Tepung naik sendiri 260 gm Mentega 225 gm Gula kaster 5 biji Telur 100 gm Kacang walnut 2 biji Lobak merah, diparut 1 c.t Esen vanila
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. 2. Campurkan tepung ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla. 3. Gaulkan kacang walnut dan lobak merah sehingga sebati dan sama rata. 4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak. 5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C.
KEK BUAH-BUAHAN KETULUSAN HATI (FRUIT CAKE)
250 gm Tepung naik sendiri 250 gm Gula perang 250 gm Mentega 5 biji Telur ¼ c.t Esen vanilla 400 gm Buah campuran, kering
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul gula perang bersama mentega sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Campurkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan. Tambahkan sedikit esen vanilla. 4. Gaulkan sedikit tepung ke dalam campuran buah kering bagi mengelakkan ianya melekat- lekat. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk adunan. Gaul sehingga benar-benar sebati. 5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser mentega. 6. Bakar dalam ketuhar bersuhu 220°C.
|
| arnita_irman |
Posted - 15/05/2008 : 3:34:05 PM Salam...
Kali ni amek plak resepi2 asas roti k.. terasa bermurah hati plak ari ni nk share resepi2 ni ngan semua AZ fans. Cuba tau..jgn tak cuba..gerenti puas hati ngan produk hasilan sendiri..
BUN ASAS TEMAN TERULUNG 285 gm Tepung roti 30 gm Gula kaster 10 gm Yis 2 ½ gm Garam 1 c.t Bread improver/pemantap roti 35 gm Mentega ½ biji Telur 150 ml Susu, suam
Glis 1 biji Kuning telur } 4 c.b Susu } dicampurkan
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan tepung bersama bread improver, yis, gula, garam dan mentega sehingga sebati. 2. Pecahkan telur dan masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan. 3. Uli sehingga lembut dan sekata. 4. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda. 5. Setelah kembang, bahagikan adunan menjadi 12 bahagian. Bulatkan adunan dan susun di atas dulang pembakar. 6. Rehatkan semula adunan sehingga kembang. 7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit. 8. Semasa masih panas, sapukan permukaan roti dengan bahan untuk glis.
ROTI SOSEJ DAN SAYURAN TAK LELAH 300 gm Tepung roti 55 gm Gula kaster 2 c.t Yis 5 gm Garam 10 gm Susu tepung 30 gm Mentega ½ biji Telur 150 ml Air suam
INTI Sosej Sayur campur Mayonis Cili sos
Glis 1 biji Kuning telur } 4 c.b Susu } dicampurkan
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan tepung bersama yis, gula, garam, susu tepung dan mentega sehingga sebati. 2. Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Uli sehingga lembut dan sekata. 3. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda. 4. Setelah kembang, ambil sedikit doh dan torakkan adunan dan isikan sebatang sosej di dalamnya. 5. Doh bersosej dipotong menjadi 8 bahagian tanpa memotong bahagian tepinya (seperti sikat). 6. Pulaskan bahagian pertama ke kanan dan bahagian kedua ke kiri dan seterusnya. 7. Letakkan sedikit sayur campur dan paipkan cili sos dan mayonis di atasnya. 8. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit. 9. Semasa masih panas, sapukan permukaan roti dengan bahan untuk glis.
ROTI KAYU MANIS SEMUA UNTUKMU 200 gm Tepung roti 20 gm Susu tepung 5 gm Yis ½ c.t Gula kaster ½ c.t Garam 10 gm Mentega 2 biji Telur 50 ml Air suam
Inti 20 gm Mentega, cair } 50 gm Gula kaster } 50 gm Kismis } dicampurkan ¼ c.t Serbuk kayu manis }
Glis 2 c.b Jelfix/ apricot jam
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan tepung bersama susu tepung, yis, gula, garam dan mentega sehingga sebati. 2. Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. 3. Uli sehingga lembut dan sekata. 4. Tutup adunan dengan menggunakan tuala lembab dan rehatkan sehingga kembang sekali ganda. 5. Setelah kembang, canaikan adunan dan taburkan campuran inti dan gulung. Potong adunan dan susun di atas dulang pembakar. 6. Rehatkan semula adunan sehingga kembang. Sapukan glis sebelum dibakar. 7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 – 25 minit.
|
| arnita_irman |
Posted - 15/05/2008 : 3:27:26 PM hehehe... kak leen................................. |
| Lyenda76 |
Posted - 14/05/2008 : 08:45:01 AM Eyta...kak leen tempah dulu biskut2 tu bleh..pos kat akak......biskut PERMATA dengan BILA RESAH...heheheeheheh...nak buat susah sket...duk umah nenek ni tak complete la dapur dia..heheehehheheehehhe...bleh ekk......adikku cayanggg |
|
|